Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Zizan Kunci Mulut Soal Status Hubungan Dengan Maembong

Nampaknya seminggu kebelakangan ini, pelakon dan pelawak Zizan Razak terus dihimpit kontroversi apabila dikatakan mempunyai hubungan sulit bersama pegawai di Astro dan menyebabkan punca keretakan hubungan bersama kekasihnya, Emma Maembong, manakala yang terbaru ini adalah apabila dia tidak menghadiri majlis tayangan perdana filem Werewolf Dari Bangladesh dan menyebabkan pengarah filem tersebut, Mamat Khalid berasa kecil hati di atas sikapnya itu.



Bertemunya di majlis tayangan perdana filem Cicakman 3 kelmarin, Zizan menjelaskan secara tegasnya dia tidak mahu untuk bercakap lagi soal hubungan bersama kekasihnya Emma Maembong dan hanya mahu memfokuskan kerjayanya sahaja.

“Untuk isu ini saya nak tutup mulut dahulu,” katanya ringkas.

Mengenai isu yang dikatakan dia sedang bercinta bersama seorang pegawai di Astro adalah fitnah semata-mata kerana dia sudah menganggapkan bahawa wanita itu ialah seperti kakaknya sendiri.

“Saya rasa kelakar dan tak tahu macam mana benda ini wujud. Saya anggap orang itu (Pegawai Astro-Yasmin) macam kakak saya. Kalau di tempat kerja dialah bos saya. Jadi saya tak tahu apa dan bagaimana isu ini boleh timbul. Macam Yasmin (Pegawai Astro) cakap itu adalah satu fitnah,” katanya yang ditemui selepas sahaja selesai sidang media filem Cicak Man 3 kelmarin.

Sebelum ini Zizan juga dikatakan telah lari daripada majlis Anugerah MeleTOP tanpa ditemuramah oleh wartawan dan ada yang menganggap bahawa dia kecewa selepas pulang dengan tangan kosong tanpa memenangi sebarang kategori yang dipertandingkan pada malam itu.

“Saya tunggu sampai habis dan tak tahu nak pergi mana, lagipun saya duduk di belakang pentas sambil makan semua. Kalau dah semua tidak ada saya geraklah. Lagi satu tidak ada orang tahan saya. Yang kedua saya dah buat pelbagai program dan majlis macam hos AF, sekiranya tidak melibatkan apa-apa kalau dah habis saya baliklah sebab orang akan menemuramah peserta sahaja”

“Demi Allah saya tak kecewa, sebab itu adalah kerja. Kalau menang itu rezeki. Pada saya sesiapa sahaja boleh menang dan sesiapa sahaja boleh kalah. Tidak kira apa yang penting kita perlu tahu kerja dan bakat di mana perlu kita guna,” ujarnya panjang lebar.

Sementara itu, ada segelintir yang mengatakan bahawa ada sekumpulan gerakan yang mahu menjatuhkan Zizan. Baginya sendiri itu adalah persepsi masyarakat dan dia banyak belajar perkara tersebut dalam filem Cicakman 3.

“Pada saya itu semua adalah persepsi orang. Semakin kita nak buat benda positif semakin banyak benda negatif dan saya pun tak faham. Mungkin ini adalah dugaan untuk saya pada tahun ini”

“Dan apa yang saya tengok dalam filem Cicakman 3 ini banyak memberikan pengajaran kepada saya sebab saya tak pernah tengok cerita ini. Di sebalik perkara negatif yang di lalui pengakhirannya sangat bagus. Pengajaran yang saya belajar daripada Cicakman 3 adalah sabar,” tambahnya lagi.
0 Kaki Cili Padi "Zizan Kunci Mulut Soal Status Hubungan Dengan Maembong"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info