Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Video Seorang Ibu Lahir Anak Dalam Air Tanpa Rasa Kesakitan Yang Teruk


Apakah kaedah bersalin dalam Air?

Kaedah bersalin dalam air merupakan satu prosedur dimana seorang ibu mengandung melahirkan bayinya semasa direndam dalam air suam di bawah penyeliaan kakitangan perubatan yang terlatih. Prosedur ini telah terbukti memberikan kelegaan kesakitan dan mengelakkan kesan trauma untuk ibu semasa kelahiran bayi. Air Suam ini boleh membantu memudahkan peralihan bayi itu dari rahim ke dunia luar. Prosedur ini merupakan kaedah yang sihat dan telah digunakan di Negara-negara lain selama beberapa tahun termasuk united kingdom, Amerika syarikat, Eropah dan Jepun.

Mengapakah memilih kaedah bersalin dalam air?

Kelahiran anak merupakan salah satu perkara yang boleh digambarkan sebagai sangat sakit bagi ibu dan traumatic untuk bayi. Air suam boleh menenangkan melegakan dan mengurangkan kesakitan semasa kelahiran. Oleh itu, ini boleh mengurangkan penggunaan ubat penahan sakit yang boleh memberi kesan sampingan kepada ibu dan bayi. Air adalah ubat penahan sakit yang sangat berkesan. Akan tetapi, lebih kurang 10% daripada ibu-ibu yang menjalani kaedah bersalin dalam air di UK meminta ubat penahan sakit.

Air suam juga menyediakan kawasan semula jadi untuk berehat. Kelahiran dalam air akan meningkatkan kemudahan kelahiran bayi. Keapungan air juga memberi pergerakan yang lebih luas dan membolehkan ibu mengubah kedudukan dengan mudah. Ibu boleh mencari posisi yang paling selesa untuknya semasa kelahiran bayi

Dalam sudut psikologi, kolam kelahiran menyediakan perasaan menjadi tempat yang selamat untuk kelahiran kepada ibu dimana air yang mengelilingi ibu boleh menenangkan hatinya. Ia juga boleh meningkatkan perasaan dimana ibu masih dibawah kawalannya. Ramai wanita yang telah melahirkan di dalam air melaporkan bahawa mereka telah mengalami tahap emosi kepuasan dan perasaan kegembiraan yang lebih tinggi.

Kaedah bersalin dalam air juga menyediakan cara yang lebih lembut untuk menyambut kelahiran bayi ke dunia ini. Dengan menggunakan prosedur biasa yang menyambut bayi dalam bilik bersalin, doktor perlu bertepuk belakang bayi untuk memaksa bayi yang baru lahir untuk memulakan pernafasan. Ini merupakan satu contoh kejutan kepada bayi apabila bayi memasuki dunia dari cecair ke udara. Dengan menggunakan kaedah bersalin dalam air pula menafikan kejutan ini dimana bayi yang baru lahir memasuki dunia ke dalam persekitaran yang biasa iaitu air suam dahulu. Dari sana, tali pusat yang masih terpasang membolehkan bayi mengambil masa bernafas beransur-ansur semasa peralihan dari air suam ke udara.

Ibu yang melahirkan bayi di dalam air lebih cenderung untuk mengekalkan perineumnya dan mengelakkan jahitan episiotomi yang tidak selesa. Ini boleh mengurangkan kesan trauma kepada bayi.

Juga kelahiran dalam air, bayi yang baru lahir masih dengan ibu manakala kelahiran dalam bilik bersalin biasa, bayi yang baru lahir akan didukung keluar serta-merta. Oleh itu, kaedah bersalin dalam air boleh mengeratkan lagi ikatan antara ibu dan bayinya.

Adakah kaedah bersalin dalam air selamat?

Ya. Bayi mempunyai keupayaan reflex menyelam. Apabila air terkena belakang tekak bayi, ia akan mencetuskan reflex menelan air dan menutup celah suara. Semasa dalam rahim, bayi juga menelan air dan tidak bernafas. Bayi yang dilahirkan ke dalam air suam pada suhu yang sama dengan air ketuban dalam rahim, oleh itu tiada rangsangan yang merangsang bayi untuk bernafas di dalam kolam air. Dalam masa ini, bayi anda masih menerima oksigen melalui tali pusat dan hanya apabila bayi dibawa ke permukaan udara, ia hanya dirangsang dan bermula untuk bernafas. Banyak kajian terhadap beribu-ribu bayi yang dilahir dalam air menunjukkan bahawa komplikasi cara ini adalah tidak lebih tinggi daripada kelahiran dalam bilik bersalin biasa

Akan tetapi, terdapat beberapa laporan di luar Negara menyatakan kelahiran bayi dalam air mempunyai risikonya dimana ada bayi lemas ketika bersalin melalui cara ini. Kedua, terdapat jangkitan kepada bayi disebabkan air kolam digunakan ketika berendam. Ketiga, terdapat kes tali pusat bayi terputus apabila ditarik. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga risiko adalah rendah dan boleh dikatakan amat jarang berlaku. Laporan menunjukkan lebih daripada 150,000 bayi dilahirkan dengan cara ini.

Siapakah yang sesuai menggunakan cara ini?


Hanya ibu yang mempunyai tubuh yang sihat, risiko kehamilan yang rendah dan kehamilan tunggal dimana cara ini tidak sesuai kepada ibu yang mempunyai kehamilan kembar. Cara ini tidak sesuai kepada bayi yang mempunyai

kedudukan songsang

kes kesekatan bahu

denggupan jantung bayi yang tidak teratur

IVF bayi

ibu yang telah menjalani Ceasarean, tekanan darah tinggi atau komplikasi kehamilan yang lain.

Nota: Anda harus mencari lebih maklumat mengenai kelahiran dalam air di laman web lagi. Akhirnya, yang paling penting anda harus membincangkan pilihan kelahiran ini dengan pakar yang dapat menyediakan maklumat dan nasihat berdasarkan keadaan perubatan peribadi anda.

Hospital yang manakah menyediakan perkhidmatan ini?


Kelahiran dalam air yang pertama dipercayai berlaku pada tahu 2008. Setakat ini hanya dua buah hospital yang menyediakan perkhidmatan ini.

  • Hospital Island di Pulau pinang
  • Pusat perubatan Pantai di Bangsar, Kuala lumpur.

Video 


0 Kaki Cili Padi "Video Seorang Ibu Lahir Anak Dalam Air Tanpa Rasa Kesakitan Yang Teruk"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info