Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Video : Emma Menangis Di Hlive!

Ramai yang menyalahkan Emma Maembong dengan menganggap bahawa gadis dari Terengganu ini berperangai kebudak-budakan dalam percintaan.
Putus cinta. Sambung semula dan sekali lagi dikatakan berpisah secara baik. Terkini, sebuah akhbar mengatakan bahawa Emma Maembong sedia terima lamaran Zizan Razak.
Namun, kenyataan itu disangkal oleh Emma menerusi laman Instagramnya. Pelik! Apakah status sebenar hubungan mereka ni?

Siapa Saya Untuk Hukum Dia Lama-Lama?

Siapalah saya untuk hukum dia lama-lama. Sebelum ini pun saya tidak pernah beri sebarang kenyataan yang memang tidak ada ruang langsung atau pintu hati saya tertutup buat dia.
Kalau ada jodoh pada masa hadapan dan pada masa sama dia mengajak saya berkahwin, maka saya akan terima. Tak payah bercinta lama-lama. Tapi buat sementara waktu biarlah dulu perkara ini berlalu lagi pun saya kini tak mahu menaruh harapan padanya – Emma Maembong, Sinar Harian, 11 Mac 2015

Benarkah Saya Cakap Macam Ni?

Bagaimanapun, Emma Maembong mempersoalkan kembali artikel yang dikeluarkan oleh akhbar itu dan meminta agar tidak mengeluarkan lagi cerita sedemikian.

Emma Menangis Di Hlive!


Dalam temubualnya di rancangan Hlive! malam semalam, Emma Maembong menangis apabila diajukan persoalan mengenai hubungannya dengan Zizan Razak.

Persoalannya…

Kami tidak memihak kepada sesiapa mahupun mempertahankan wartawan, cuma kadang-kadang kami lihat kenyataan yang diberikan oleh Emma seolah-olah masih menyimpan harapan untuk kembali bersama dan agak mengelirukan.
Secara ringkasnya, kalau mahu katakan mahu, kalau tak nak, jangan bagi harapan lagi. Teruskan hidup masing-masing macam biasa. Apapun, kami turut mendoakan kebahagiaan Zizan dan Emma. Semoga mereka tabah. Ohbulan
0 Kaki Cili Padi "Video : Emma Menangis Di Hlive! "

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info