Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Umur Persaraan Kekal 60 Tahun



KL - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata kerajaan tidak mempunyai perancangan dalam masa terdekat untuk menyambung umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun memandangkan usia persaraan masa kini sudah memandai.

Katanya, pada masa sekarang kerajaan akan mengekalkan umur persaraan semasa iaitu 60 tahun.

Beliau berkata, Kerajaan tidak mempunyai pembincangan untuk menaikkan umur persaraan kerana pihaknya baru sahaja membuat semakan mengenai umur persaraan.

Sabtu lepas, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan cadangan supaya kerajaan mempertimbangkan umur pesaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun memandangkan rakyat Malaysia sedang menuju ke arah negara maju.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, ia berikutan negara maju seperti Singapore, negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat melanjutkan umur persaraaan kakitangan awam kepada 65 Tahun - Bernama
0 Kaki Cili Padi "Umur Persaraan Kekal 60 Tahun"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info