Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Terkejut melihat aksi Dewi Remaja yang bertudung Menari Sebegitu Rupa!

Terkejut melihat aksi Dewi Remaja khasnya yang bertudung Menari Sebegitu Rupa!

Apakah fungsi tudung tersebut? sudahlah memakai baju dan seluar ketat di tambah ada dewi remaja yang memakai tudung menari terkinja-kinja sebegitu rupa.

Apa pandangan anda? Di harap sebelum melakukan sesuatu,haruslah peka pada sensitiviti masyarakat di negara ini.

Tiada alasan lain boleh di beri kerana sudah terang lagi jelas salah seorang dari dewi remaja yang memakai tudung tetapi menari sebegitu rupa.

Apa sudah berlaku?? adakah di sebabkan dunia sudah moden maka batas-batas yang perlu di jaga turut harus di tinggalkan?

Majalah remaja, sila peka dan ambil teguran ini agar ia tidak berlaku di masa akan datang, saya akui bahawa saya juga amat gemar membaca artikel terkandung yang di kongsikan di dalam majalah tersebut kerana ianya Fresh!

Diharap ia tidak berlaku lagi dan sebelum melakukan apa-apa haruslah memikirkan tentang sensitiviti terhadap semua perkara.

Dan saya percaya tentu saja majalah Remaja menjadi ikon bagi kebanyakkan remaja, jadi pandangan saya, kita ini di malaysia jadi mengapa tidak kita perkenalkan atau cuba mempromosikan segala tentang malaysia, bukankah itu lebih baik, di samping dapat mempromosikan malaysia Negara dan Tanah air kita yang tercinta, kita juga dapat menjaga batas-batas sebagai rakyat bumi malaysia ini.

Majalah Remaja,semoga teguran ini membuatkan kalian lebih berhati-hati dan memberikan yang lebih baik, lebih-lebih lagi berkaitan moral, kita harus mendidik remaja-remaja tanah air kita, bukan setakat majalah remaja sahaja tetapi semua pihak.
0 Kaki Cili Padi "Terkejut melihat aksi Dewi Remaja yang bertudung Menari Sebegitu Rupa!"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info