Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Takut Nak Bersama Suami Selepas Bersalin

fobia bersama suami lepas bersalinRasa ngeri nak bersama suami selepas melahirkan? Anda tidak keseorangan, ramai je ibu yang merasakan sedemikian.

Selepas bersalin faham sahajalah seorang ibu akan mengalami perubahan emosi dan fizikal yang bukan calang-calang. Emosi dari segi banyaknya tenaga yang hilang semasa bersalin, emosi masih belum dapat menyesuaikan diri dengan situasu baru. Semua tu memainkan peranan. Apatah lagi rasa ngeri dan takut dan bimbang ingin bersama suami setelah melalui proses kelahiran.

Kenapa nak ngeri. Iyelah nama pun bersalin, ada ibu yang mungkin kena beberapa jahitan semasa melahirkan. Dan nak sembuh tu ambil masa, nak kena jaga bagai. Teringat pula masa dalam pantang tu, gynea MJ siap bekalkan satu besen dan satu plastik garam untuk bawak balik rumah.

Air Garam Dan Besen

Mula-mula macam blur. Biar betul doktor ni suruh bawa balik benda ni. Kalau dulu tengok mak lepas bersalin ada ubat luka warna kuning tu. Ubat tu yang disapu pada bahagian luka. Rupanya sekarang tak mainla ubat kuning, garam sudah menggantikan tempat. Mungkin tidak semua hospital macam tu tapi hospital yang MJ pergi ni memang amalkan air garam.

Masa dalam wad pun selepas bersalin nurse ajar cara-cara nak rendam tempat luka dalam besen garam tu. Takut jugalah nak cuba pada mulanya. Mau taknya air garam kot. Mesti pedih kan. Nurse ajar suruh letakkan garam dalam besen berisi air suam dan kacau dulu. Lepas tu letak besen tu dekat mangkuk tandas (besen tu memang ngam boleh pula muat mangkuk tandas tu) dan rendamlah diri dalam tu. Bukan rendam korang tau tapi rendam bahagian tuttt la dalam tu.

Amik masa dalam 20 minit ke setengah jam la sepatutnya. Mula-mula tu rasa juga pedih sikit tapi lepas tu ok je nyaman. Tidak lah sengeri yang digambarkan. Siap boleh berangan lagi sambil berendam. Angan-angan sampai ke Paris patah  balik ke Ipoh dan pusing ke Johor. Kalau menyanyi mungkin habis 7 buah lagu.

Bab rendam tempat luka dalam besen air garam boleh dikata ok lagi. Tapi nak bersama suami tu bila yang sesuai? Ada orang berpantang 40 hari, ada orang berpantang 100 hari.

Bila Waktu Sesuai Untuk Bersama?

Sebenarnya tiada waktu yang boleh dikatakan paling sesuai. Ia bergantung pada diri kita samada sedia ke tidak dari segi emosi dan fizikal. Kadang-kadang emosi sedia tapi fizikal tak sedia dan begitu juga sebaliknya. Jangan terpaksa pula, masa ini adalah normal jika isteri tiada perasaan untuk bersama suami.

Kenapa agaknya? Apatah lagi jika si ibu menyusukan anak maka hormon badannya membuatkan keinginan untuk bersama suami akan menurun. Ia juga disebabkan oleh keadaan yang kurang rehat dan penat menguruskan bayi di saat tempoh berpantang. Di sini komunikasi antara suami isteri amatlah perlu supaya masing-masing dapat memahami keinginan bersama.

Tunggu Darah Nifas Kering

Namun sebaiknya hubungan intim dilakukan selepas darah nifas telah pun kering. Bila dah kering maka itulah waktu paling awal yang mungkin boleh kita bersama semula dengan suami. Jika belum kering kemungkinan akan berlaku jangkitan. Untuk yang beragama Islam berhubungan intim semasa isteri dalam nifas juga adalah haram.

Tunggu Hingga Habis Tempoh Berpantang

Namun biasanya ramai yang menunggu selepas enam minggu. Yelah selepas enam minggu adalah waktu si ibu kena buat pemeriksaan pertama setelah kelahiran. Sudah habis berpantang. Masa ni rasa yakinlah sikit bila dan buat pemeriksaan semua dan luka luar dalam pun dalam keadaan baik. Ini waktu yang kebiasaannya ramai memilih memulakan hubungan intim semula.

Tapi ada juga yang mula bersedia melakukan hubungan intim selepas 3 bulan bersalin. Masa ni emosi si isteri pun dah semakin stabil, rutin bersama bayi juga sudah semakin boleh dijangka dan diuruskan. Tak kurang juga suami yang prihatin memberi masa sehingga 6 bulan untuk isteri benar-benar pulih.  Apa pun sememangnya tiada masa yang tertentu yang terbaik, ia terpulang pada perbincangan anda berdua.

Yang Terbaik Hanya Anda Berdua Lebih Tahu

Kita suami isterilah yang lebih tau apa yang terbaik diberikan pada pasangan masing-masing. Jika masing-masing sudah bersedia, maka isteri pun takkan ada rasa takut atau fobia lagi nak bersama selepas bersalin. Rasa takut mungkin kerana merasakan luka belum pulih sepenuhnya. Kerana luka di perinium atau akibat jahitan semasa melahirkan ambil masa untuk pulih. Jika keadaan isteri kembali pulih sempurna, kemungkinan rasa fobia dan takut mereka itu akan berjaya diatasi.

Set Bersalin Luka Cepat Sembuh

Masing-masing kena fahami pasangan. Isteri kena terangkan pada suami dan suami juga perlu memahami situasi dan keadaan isteri. Anda berdua lebih tahu, tepuk dada tanya selera supaya hubungan yang terjalin berjalan dengan lancar tanpa memberi tekanan pada mana-mana pihak.
0 Kaki Cili Padi "Takut Nak Bersama Suami Selepas Bersalin"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info