Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Tahniah Diana Amir selamat bersalin bayi perempuan

Tahniah diucapkan kepada pelakon Diana Amir yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung kira-kira jam 5.45 pagi semalam (Ahad).

Perkhabaran Diana yang melahirkan seorang bayi perempuan ini telah dikongsi bersama peminatnya menerusi rancangan hiburan popular, Melodi yang ditayangkan pada tengah hari semalam.

Malah Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim turut berkongsi berita gembira itu melalui sekeping foto yang dimuat naik melalui akaun Instagramnya iaitu @dianaamir awal pagi tadi.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Diana, bayi perempuan itu masih belum lagi diberikan nama dan dia juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatannya.

“Alhamdulillah segalanya dengan izin dan kuasa Allah… Allahuakhbar! Thanks semua yang mendoakan keselamatan sy and baby girl, blm bg nama lg, I love u.” tulisnya.

Diana dan suami, Habib Bullah A. Rahman telah mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2013 dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Diana dan suami. Semoga kehadiran orang baru ini akan menceriakan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

Sumber : Murai



0 Kaki Cili Padi "Tahniah Diana Amir selamat bersalin bayi perempuan"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info