Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Sufie Jadi Mangsa Seks Oral Arif Dollah Selama Setahun



Nampaknya isu yang bermula daripada penderaan seksual terhadap Tegar oleh bekas pengurusnya kini menjadi semakin panas apabila ada satu lagi pihak mendakwa dirinya pernah dipaksa melakukan seks oral, juga daripada bekas pengurus tegar.

Penyanyi Singapura Sufie Rashid mengambil keputusan untuk mara ke hadapan selepas melihatkan Tegar turut diperlakukan perkara yang sama walaupun jarak peristiwa yang menimpanya itu telah 11 tahun berlalu.

“Ketika itu saya berusia 13 tahun dan Arif ialah pengurus saya. Jika Tegar menerima gangguan seksual, saya lebih teruk dari itu. Lebih memeritkan selepas ibu saya berkahwin dengan Arif, saya selalu menjadi mangsanya. Selama setahun saya dipaksa melakukan perkara terkutuk oleh Arif”

“Bukan saya tidak mengadu kepada ibu, tetapi ibu lebih percayakan suaminya,” luahnya ketika ditemui di Istana Budaya pada malam Jumaat oleh Astro Awani sambil menafikan dia melakukan perkara tersebut atas dasar publisiti.

“Bodohlah saya jika melakukan ini (pengakuan) kerana publisiti. Saya tak bodoh untuk mencari publisiti dengan menjual cerita melibatkan maruah diri. Tak mungkin saya akan memalukan diri saya sendiri”

“Arif sudah melampau Saya fikir selepas 11 tahun, dia dah bertaubat. Saya hubungi Tegar selepas mengetahui dia diganggu secara seksual oleh lelaki itu,” jelasnya serta memberitahu dia tidak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Arif.

“Dia memang pandai putar belit cerita. Saya ada terbaca kenyataan Arif yang menyuruh Tegar membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor sekiranya benar dia diliwat. Saya merasakan kenyataan tersebut lucu kerana pihak Tegar tidak pernah mendakwa Arif meliwat, tetapi ia hanya gangguan seksual”

“Apa yang cuba dia buktikan? Saya berani mendedahkan segalanya hari ini kerana saya menyimpan perkara ini sudah lama. Ya, saya mendendami Arif. Kerana dia saya mengalami tekanan perasaan dan terpaksa menjalani rawatan bersama pakar jiwa,” ujarnya
0 Kaki Cili Padi "Sufie Jadi Mangsa Seks Oral Arif Dollah Selama Setahun"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info