Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Setelah Beberapa Tahun Membenci, Akhirnya AC Mizal Dan Hans Isaac Berdamai

Mengambil kira faktor usia dan kematangan menjadi kunci utama penyatuan semula dua sahabat ini, pelakon dan penerbit Hans Isaac dengan pengacara popular, Dato’ AC Mizal selepas lebih lima tahun tidak berhubung berpunca daripada perselisihan faham.



Perselisihan faham di antara mereka bermula ketika mereka menjayakan teater Cuci The Muzikal 2 di Istana Budaya, pada 2010 apabila Hans selaku penerbit teater ketika itu memecat AC yang didakwa melanggar kontrak selama tiga tahun dengan produksinya.

AC ketika ditemui berkata, kematangan berfikir dan faktor usia membuatkan mereka bersedia menjalinkan persahabatan yang terputus itu semula.

“Saya sangat bersyukur kerana kami akhirnya dapat berbaik semula seterusnya menjalinkan persahabatan seperti dulu. Pada mulanya saya menyangka Hans mungkin tidak sudi untuk berbaik semula selepas apa yang berlaku, tetapi sangkaan itu meleset”

“Dia juga mempunyai perasaan sama seperti saya untuk kami berbaik semula seperti dulu. Hans dengan rendah diri meminta maaf kepada saya,” katanya sambil menyatakan sokongan daripada Awie dan Afdlin Shauki juga banyak membantu mereka untuk berbaik semula.
0 Kaki Cili Padi "Setelah Beberapa Tahun Membenci, Akhirnya AC Mizal Dan Hans Isaac Berdamai"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info