Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

RTM jalin kerjasama dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd





Sebagai satu usaha mendigitalkan siaran televisyen & radio di Malaysia, MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) hari ini mendatangani perjanjian dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi menyediakan infrastruktur dan kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan ‘Digital Terrestrial Television Broadcasting’ (DTTB) di Malaysia. Ia akan menjadikannya infrastruktur DTTB pertama di Malaysia.

Majlis perjanjian ini telah disaksikan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia. MYTV diwakili oleh Nik Abdul Aziz Nik Yaacob, CEO MYTV manakala TM diwakili oleh Naib Presiden Eksekutifnya, En Wan Ahmad Kamal Wan Halim. Turut menghadiri majlis bersejarah ini ialah Pengerusi SKMM, Dato’ Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi; Pengerusi TM, Dato’ Sri Dr. Halim Shafie dan juga Pengarah MYTV, Dato’ Hilmi Mohd Noor.

(kiri) Nik Abdul Aziz Nik Yaacob, CEO MYTV dan (kanan) Naib Presiden Eksekutif TM, En Wan Ahmad Kamal Wan Halim


 Dalam ucapannya, Dato’ Ahmad Shabery menekankan bahawa perubahan lanskap penyiaran digital akan mengurangkan kos penyiaran. Malah, penyiar sedia ada & pemilik saluran yang berpotensi boleh memberi tumpuan kepada kualiti kandungan yang diterbitkan. Penyiaran analog akan ditutup secara berperingkat. Ini akan memberi ruang spektrum yang ditinggalkan, akan boleh digunakan untuk penyiaran dalam bentuk lain.

Perjanjian ini akan menyaksikan TM akan membangunkan rangkaian terrestrial distribution bagi menyambungkan ‘Digital Multimedia Broadcasting Hub’ (DMBH) MYTV kepada semua 37 pemancar utama, 10 hab serantau & 2 stesen bumi melalui rangkaian STM-1. TM juga akan menyediakan rangkaian fiber & sistem penyiaran yang membolehkan MYTV memancarkan gambar berkualiti tinggi & menambahbaik kualiti pengalaman tontonan digital.

Fasa pertama DTTB akan bermula di Kelantan, Terengganu & Pahang pada suku kedua 2015 meliputi 85% populasi. Sementara fasa kedua menyasarkan 98% populasi di seluruh negara menjelang pertengahan 2016. Sebanyak 2 juta Set Top Box (STB) akan disediakan secara percuma untuk peringkat awal penyiaran ini.






Selamat tinggal Astro!!!

RTM jalin kerjasama dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd anak syarikat firma telekomunikasi Altel Holding milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari akan melancarkan siaran TV baru menandingi Astro. Jangkaan sebanyak 98% bentuk muka bumi Malaysia akan diliputi siaran digital (DTTB).

 Berita baiknya 80 siaran TV dan 40 saluran radio akan dipancarkan secara percuma pada penduduk Malaysia dengan 45 daripada siaran TV nya berdefinisi tinggi (HD). Penduduk Malaysia akan dibekalkan dekoder berharga RM200 untuk menerima siaran. Pada rakyat miskin yang menerima BR1M akan dibekalkan dekoder percuma. Program Dan projek akan bermula bulan Jun depan dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir tahun 2017.
0 Kaki Cili Padi "RTM jalin kerjasama dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info