Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Romie Mahu Hanez Jadi Isteri Yang Baik

Jika anda masih ingat, sebelum ini Hanez Suraya ada kongsikan gambarnya ketika berada di London dan Paris untuk mencari barang hantaran. Selain ditemani Romie Razin dan juga enam lagi rakan lain, bakal suaminya itu juga sempat mengabadikan satu video yang cukup istimewa buat Hanez.



Berlatarkan Menara Eiffel di Paris dan London Eye di London, Romie berkongsi cetusan hatinya di samping ditemani Hanez di sisi.

“Saya berharap Hanez akan menjadi isteri dan ibu yang baik kepada anak saya. Semoga saya dapat menjadi suami yang terbaik untuk dia dan ayah yang baik kepada anak kami. Semoga ikatan perkahwinan kami ini akan kekal hingga ke jannah”

“Insya-Allah saya akan jaga amanah serta tanggungjawab baru ini sebaik mungkin. Sebagai bakal suami saya berharap akan dikurniakan zuriat seterusnya yang akan terus memperlengkapkan lagi rumah tangga lebih bahagia,” kata Romie di dalam video tersebut.

Selain itu, Romie juga berterima kasih kepada keluarga dan juga rakan media lain yang tidak henti-henti memberi sokongan kepada mereka.

Pasangan ini akan bernikah pada pagi 14 Mac ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya manakala majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan pada 21 Mac di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang

.
0 Kaki Cili Padi "Romie Mahu Hanez Jadi Isteri Yang Baik"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info