Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Putus Cinta, Pelajar 17 Tahun Maut Terjun Dari Tingkat 10 SMK Sri Sentosa



KUALA LUMPUR - Mayat seorang remaja lelaki ditemui berlumuran darah di padang sekolah SMK Sri Sentosa dipercayai akibat putus cinta dan tertekan dengan hal itu, tengah hari semalam.

Pelajar yang berusia 17 tahun itu dipercayai terjun dari tingkat 10 bangunan sekolahnya yang terletak di Jalan Kuchai Lama, ketika waktu persekolahan.

Difahamkan, remaja terbabit sebelum itu meminta izin untuk ke tandas. Namun, masa yang diambil terlalu lama menyebabkan guru dan rakan-rakannya mencari mangsa dan menemui buku nota yang mengandungi ayat ucapan selamat tinggal kepada rakan serta guru.


Mangsa ditemui oleh beberapa orang pelajar yang berada di sekitar padang sekolah. Mangsa berlumuran darah di bahagian hidung.

Unit Forensik mengesahkan tiada unsur jenayah dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Polis berkata, punca kejadian dipercayai akibat putus cinta dengan wanita yang mungkin menyebabkan mangsa tertekan kerana cintanya tidak kesampaian.

Menurut rakan dan guru sekolahnya, mangsa seorang yang ceria, berdisiplin, suka menolong dan tidak menimbul masalah di sekolah.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
0 Kaki Cili Padi "Putus Cinta, Pelajar 17 Tahun Maut Terjun Dari Tingkat 10 SMK Sri Sentosa"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info