Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Putri Mardiana Dan Kekasih Ditangkap Basah Kali Kedua di Subang Jaya

Pelakon Putri Mardiana telah ditangkap khalwat kali kedua bersama kekasihnya, Shahrizam Abdullah atau Ejump pada pagi Sabtu, kira-kira jam 4.00 pagi di kediaman isteri Ejump sendiri, di USJ 1, Subang Jaya.



“Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah,” kata isteri (Nor Hasni) Ejump sendiri ketika dihubungi oleh pihak Astro Gempak.

Nor Hasni bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, tetapi mengesahkan suaminya dan Putri Mardiana telah ditangkap khalwat buat kali kedua. Disember tahun lalu, Putri Mardiana juga ditangkap khalwat bersama Ejump di sebuah kondo di Ukay Perdana selepas didapati berdua-duaan.

Namun pelakon tersebut menafikan dia dan teman lelaki ada melakukan perkara tidak elok dan mendakwa Ejump hanya singgah minum air selepas menghantarnya pulang ke rumah. Untuk tangkapa kali kedua ini, mari kita tunggu apa pula jawapan dari Puteri Mardiana
0 Kaki Cili Padi "Putri Mardiana Dan Kekasih Ditangkap Basah Kali Kedua di Subang Jaya"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info