Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Pulangkan Duitku Wahai Wanita Baju Belang

Pulangkan Duitku Wahai Wanita Baju Belang

Video: ‘Pulangkan Duitku Wahai Wanita Baju Belang!’ | Seorang wanita telah kerugian wang ringgit ketika apabila menggunakan Cash Deposit Machine (CDM) di stesen Petronas Batu 8 Cheras pada 28 Februari yang lepas.

Wanita yang dikenali dengan nama Azrah Harun menyatakan pada ketika itu cuba mendepositkan wang tunai menggunakan CDM Maybank di stesen minyak itu.

Namun, ketika itu mangsa menerima panggilan telefon membuatkan mangsa terlupa akan urusannya seketika di mesin itu yang masih belum diselesaikan.

Mangsa yang leka dengan telefon bimbitnya meninggalkan mesin berkenaan menyebabkan seorang wanita berbaju belang dan berkaca mata di sebelahnya mengambil peluang membatalkan urusan di mesin itu serta mengambil kesemua wang milik mangsa.

Ketika kejadian itu berlaku, mangsa berada di tepi berhampiran dengan mesin berkenaan. Namun hairan mengapa wanita terbabit tidak memberitahunya akan urusan di mesin itu masih belum selesai. 
Sebaliknya bertindak mengambil wang mangsa dan terus meninggalkan stesen berkenaan.

Ramai rakan-rakannya menyarankan agar mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu tetapi dia malu untuk melakukannya kerana beranggapan ia merupakan kes kecuaian.



0 Kaki Cili Padi "Pulangkan Duitku Wahai Wanita Baju Belang"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info