Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Pihak Sekolah Sambil Lewa Dalam Mengeluarkan Sijil Berhenti Sekolah?


Pihak Sekolah Sambil Lewa Dalam Mengeluarkan Sijil Berhenti Sekolah?| Kami paparkan antara luahan bekas pelajar spm 2014. Baca selanjutnya.

Pihak Sekolah Sambil Lewa Dalam Mengeluarkan Sijil Berhenti Sekolah?

Melihat luahan hati bekas pelajar SPM 2014 ini, pihak kami terpanggil untuk mengetengahkan isu ini dalam penulisan. Cuba anda semua perhatikan betul-betul gambar sijil berhenti sekolah milik Adik Hanis Nabilah ini. Perhatikan di bahagian Nama Bapa/Penjaga.

Mengulas isu kesilapan butiran peribadi yang telah siap sijilnya, sepatutnya tidak sepatutnya berlaku lagi dalam proses penyerahan sijil tamat sekolah menengah. Dalam isu ini, siapakah yang harus disalahkan? Pengurusan atau pentadbiran sekolah?

Admin tidak menyalahkan seratus peratus kepada pengurusan sekolah, namun sepatutnya pihak pengurusan sekolah perlu memandang serius dalam pengurusan persijilan masa kini. Ini sedikit sebanyak akan menyulitkan bekas pelajar untuk memperbaiki kembali sijil tamat sekolah beliau. 

Selain itu juga, andainya kesalahan yang dilakukan adalah kecil seperti salah ejaan atau tertinggal huruf, mungkin itu boleh dimaafkan, namun dalam isu ini, nama bapa/penjaga islam itu tertukar kepada nama lelaki berbangsa india. Kami juga kepilkan beberapa update luahan hati adik Hanis Nabilah ini dalam laman sosial twitternya.

kredit kepada adik hanis nabilah

kredit kepada adik hanis nabilah


p/s: Diharapkan selepas ini, pihak pengurusan mahupun pentadbiran memandang serius mengenai sistem persijilan para pelajar. :)
0 Kaki Cili Padi "Pihak Sekolah Sambil Lewa Dalam Mengeluarkan Sijil Berhenti Sekolah?"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info