Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Pengguna Twitter Mahu Melayu ‘Berperang’ Dengan Cina

Perang Cina

Kuala Lumpur – Polis diminta mengambil tindakan segera terhadap seorang pengguna Twitter yang menggunakan ID Wan Khairul Ihsan yang didakwa telah menggunakan kata-kata menghina dan berbaur perkauman.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon yang berkata demikian menambah bahawa Wan Khairul Ihsan juga telah menggunakan kata-kata supaya bangkit berperang dengan Cina sehingga orang-orang Cina berdarah.

“Jelas, ini merupakan satu serangan yang berbaur perkauman dan menghasut untuk menambah kebencian yang melampau.

“Kata-kata di laman sosial itu jelas tidak boleh diterima dalam masyarakat yang bertamadun,” katanya kepada pemberita setelah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Dang Wangi.

Laporan polisnya memetik antara lain kenyataan lelaki itu yang menyeru supaya Melayu ‘berperang’ dengan Cina serta “Halal darah kamu Cina!!!”.

Pemilik Twitter itu juga menulis seperti “Wahai laknat Cina..ini permulaan Melayu bangkit untuk berperang dengan kamu..Allahuakbar.. Halal darah kamu Cina!!!”.

“Saya hari ini telah meminta pihak polis segera melakukan siasatan di bawah Akta Hasutan atau Jenayah terhadap pemilik akaun Twitter tersebut,” katanya lagi.

Kim Soon juga menyeru mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman seperti itu disiasat agar golongan ini tidak terus menyebabkan ketegangan kaum.

“Kita tidak akan membiarkan insiden yang akan menggugat keharmonian kaum daripada berlaku.

“Polis mesti bertindak tegas tanpa memihak kepada sesiapa,” ujarnya.
0 Kaki Cili Padi "Pengguna Twitter Mahu Melayu ‘Berperang’ Dengan Cina"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info