Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Panas !!! Teman Lelaki Tasya Shila Ditanggung Artis Berkenaan ??


TEMAN lelaki aktres jelita Tasha Shilla, Han menyangkal dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia mengharapkan duit daripada teman istimewanya itu...

Sebaliknya menurut Han dia mempunyai pekerjaan tetap sendiri iaitu membantu syarikat seni bina milik keluarganya...

“Ini kad saya sebagai bukti, saya ada pekerjaan tetap dan tidak mengharapkan wang ringgit dia. Sebaliknya saya menumpukan pekerjaan dalam bidang seni bina milik keluarga saya,” katanya menerusi laporan mStar...

Han mengatakan dia kini sedang berusaha membina mahligai bersama kekasihnya itu di masa hadapan dan keluarganya dikatakan merestui perhubungan mereka walaupun berlainan agama...

“Saya percaya kepada rezeki dalam sesebuah perkahwinan. Sebab itulah saya sudah merancang mengenainya. Yang penting, keluarga saya sudah merestuinya termasuklah keluarga Tasha,” katanya...

Hai, tak baik tau siapa yang buat cerita ni, setahu penulis Han ni pun aktif dengan kerjaya sukannya sebagai seorang peninju muay thai dan Tasha merupakan salah seorang penyokong terbesarnya dalam bidang tersebut...

Apa-apa pun kita tunggu sahaja pengumuman pasangan sama cantik sama padan ini mengenai tarikh perkahwinan mereka kelak...


0 Kaki Cili Padi "Panas !!! Teman Lelaki Tasya Shila Ditanggung Artis Berkenaan ??"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info