Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Nabila Punya Cara Tersendiri Besarkan Keisha, Imej Seksi Tak Pengaruhi Anak

Sering tampil dengan imej seksi, Nabila Huda beranggapan bahawa sikap terbukanya itu tidak akan memberi kesan kepada anak tunggalnya Keisha Laila, hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, malah dalam masa yang sama menyatakan dia mempunyai cara tersendiri dalam membesarkan anaknya.



“Saya rasa tak perlu untuk saya tunjuk kebaikan saya dengan anak saya. Biarlah urusan ini antara saya dan anak saya saja, namun yang pasti semestinya saya inginkan yang terbaik untuk Keisha. Saya mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak saya”

“Setiap perempuan yang sudah melahirkan anak secara semula jadinya akan mempunyai naluri keibuan kecuali mereka yang membuang anak mereka dan sebagainya,” memetik katanya enggan mengulas lanjut mengenai peri lakunya yang dikatakan boleh memberi pengaruh negatif kepada anaknya itu kepada BH Online .
Nabila Huda- Saya Punya Cara Tersendiri Besarkan Anak - ROTIKAYA20150310_1112
Menurut pelakon ini, dia lebih selesa memilih untuk membesarkan anaknya itu sebagai teman baik malah menyatakan komunikasi merupakan perkara terpenting di dalam hubungan ibu dan anak.

“Saya menganggap Keisha seperti ‘best friend’ (rakan karib) saya dan bukan sejenis mak yang marah anak sepanjang masa. Bagi saya komunikasi itu begitu penting dan saya menerangkan kepada Keisha kesan tindak-tanduk dalam apa yang dilakukan,” katanya.

Disoal mengenai sama ada dia merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat, anak kepada Amy Search ini mempunyai jawapan tersendiri menerangkan situasinya ketika ini.
Nabila Huda- Saya Punya Cara Tersendiri Besarkan Anak - ROTIKAYA20150310_1114
“Setiap wanita pasti impikan perkahwinan yang indah. Tidak mungkin saya akan berkahwin dalam masa yang terdekat kerana semuanya memerlukan wang, tapi saya berharap agar semua mendoakan yang terbaik untuk saya,” katanya.
0 Kaki Cili Padi "Nabila Punya Cara Tersendiri Besarkan Keisha, Imej Seksi Tak Pengaruhi Anak"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info