Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Main pasir tanpa coli di Kota Kinabalu



Kota Kinabalu: Beberapa pengunjung yang mengunjungi pusat peranginan dipercayai di Pulau Sulug, terkejut apabila menyedari gelagat dua gadis warga asing yang bermain pasir dalam keadaan separuh bogel tanpa coli, dengan tidak menghiraukan sensitiviti penduduk tempatan dan pelancong lain.
Aksi kedua-dua warga asing berusia sekitar 20-an itu bukan saja diperhatikan pengunjung kanak-kanak, malah perbuatan mereka berjaya dirakam beberapa pengunjung lain di pulau itu yang terletak di bawah bidang kuasa Taman-Taman Sabah (TTS).

Seorang pengunjung, Mardiana Abdul Ezam, 33, berkata, dia hanya menyedari perbuatan pelancong asing itu selepas ditegur salah seorang anaknya sebaik menjejakkan kaki ke pulau berkenaan kira-kira jam 9 pagi, Ahad lalu.

“Pada mulanya, saya menyangka anak tersilap cakap apabila mendakwa melihat perempuan tidak berbaju sedang bermain pasir.

“Saya kemudian melihat ke arah mereka dan terkejut apabila mendapati dakwaan anak memang betul,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam


Mardiana berkata,dia bersama suami dn dua anaknya berusia empat serta sembilan tahun kemudian bergegas meninggalkan kawasan itu dan menuju ke pulau berhampiran.

"Saya Kesal kerana tindakkan mereka seolah-oleh tidak peka dengan sensitiviti apabila hanya memakai seluar dalam ketika berada di tepi pantai di negara ini

"perbuatan mereka jelas mencemarkan imej negeri dan pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu supaya kejadian yang sama tidak berulang."katanya

"Saya tak salahkan pelancong ini, mungkin mereka tidak di maklumkan mengenai sensitiviti masyarakat tempatan"ujarnya lagi


0 Kaki Cili Padi "Main pasir tanpa coli di Kota Kinabalu"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info