Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Lindsay Lohan Muat Naik Gambar Ayat al-Quran di Instagram


Mengejutkan apabila selebriti antarabangsa, Lindsay Lohan didakwa memuat naik gambar ayat Al-Quran dalam laman akaun Instagram miliknya.

Seakan pelik dan aneh, gambar tersebut sekaligus heboh diperkatakan masyarakat netizen seluruh dunia.
Perkongsian ayat Al-Quran yang bermaksud ‘Ya Tuhanku, tingkatkan aku dengan ilmu pengetahuan’ dan ‘Ya Allah, aku memohon kepadamu ilmu pengetahuan yang bermanfaat’dilapor telah dimuat naik Lindsay Lohan beberapa jam yang lalu.
Lindsay yang cukup sinonim sebagai bintang penuh kontroversi seakan tidak boleh lari dari menimbulkan pelbagai persoalan dan pertanyaan para peminat.
Rata-rata peminat dilihat cuba mempersoalkan status agama yang dianuti aktres wanita popular ini.
Bagaimanapun, ada peminat yang mendakwa perkongsian ayat Al-Quran tersebut tidak boleh menggambarkan agama seseorang.
Pun begitu, kita tidak boleh menidakkan hidayah yang diturunkan Allah SWT kepada insan yang terpilih.
0 Kaki Cili Padi "Lindsay Lohan Muat Naik Gambar Ayat al-Quran di Instagram"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info