Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Lelaki R0gol Ibu Kandung Sedang Tidur

- Seorang penganggur berusia 28 tahun yang tergamak merogol ibu kandungnya sendiri menerima pembalasan hari ini apabila dia dihukum penjara 20 tahun dan sebatan 16 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Amernudin Ahmad menjatuhkan hukuman itu setelah lelaki tersebut mengaku bersalah atas dua pertuduhan rogol yang didakwa dilakukan di kediamannya di Batu 24, Jalan Kuching-Serian, di sini antara pukul 1 pagi dan 1.20 pagi, 19 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak merogol ibunya ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik sebelum kejadian keji berkenaan disedari adiknya yang berada di bilik bersebelahan.

Adik tertuduh yang terdengar jeritan suara ibunya terus pergi ke bilik berkenaan dan terkejut melihat abangnya merogol ibu mereka yang berusia dalam lingkungan 50-an.

Kemudian adik tertuduh bertindak menumbuk tertuduh yang ketika itu masih berada di atas badan mangsa.

Mahkamah memerintahkan hukuman tersebut bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 23 Februari lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Stella Augustine Druce manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. - UTUSAN MALAYSIA
0 Kaki Cili Padi "Lelaki R0gol Ibu Kandung Sedang Tidur"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info