Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Kisah Benar Bekas Pelajar Sekolah Henry Guurney Kongsi Pengalaman



Mulanye aku di lahirkan di sebuah hospital besar di sebuah negara kat malaysia.Tidak lama kemudian adik pula lahir masa adik dah lahir dua minggu, ibuku meninggalkan kami buat selamanye.dia diserang sakit jantung. Selepas kematian ibuku, kami adik-beradik berpisah, aku di hantar kepada nenek untuk di jaga dan adik pula dihantar kepada baby sitter.

Setelah lama kita terpisah, akhirnya kami bertemu semula pada umur ku 11 tahun. Pada pertemuan itu kami rasa amat senorok sekali selepas itu kami berpisah lagi, pastu kami tidak berjumpa lagi. Dalam masa yang sama, ada seorang awek telah memikat hati ayahku. Setelah dua tahun bercinta akhirnya dijodohkan oleh Allah.


Setelah lama ayah berkahwin dengan mak tiri, aku mula rasa tidak seronok bila mak tiri tu ada dalam hidupku. Bagi aku mak tiri nie buat menyemak jer, depan ayah dia membuat mesra ngan aku, tapi bila ayah takde dia membuat perangai. Aku mula rasa bosan akan sikap ibuku lalu aku meminta ayah supaya hantar aku balik ke rumah lamaku yang terletak kat melaka. Masa aku di melaka aku mula jadi nakal. Kenakalan ku makin lama makin melampau sampai la suatu hari ku di buang sekolah. Aku dibuang sekolah kerana aku telah kurang ajar ngan seorang cikgu dan telah belasah nye ngan kengkawan ku. Selepas 2tahun aku tak sekolah, aku rasa bosan sangat,aku meminta ayah ku memasukkan ku kat mana2 sekolah yang boleh menerima ku lagi. Tetapi kepetusan semua sekolah hampar.


Tapi ayah tetap berusaha untuk mencari sekolah untuk aku. Lastlu aku dapat sebuat kolej swasta yang terletak di Genting Highlands. Aku rasa seronok pabila dapat kolej tu. Tapi kerana oleh kenakalan ku tidak henti-henti…aku terjebak dalam kancah dadah. Aku mula menjinak-jinak dalam kancah tu. Lama kelamaan aku menjadi seorang Pusher (tukang jual dadah). Dalam masa 6 bulan kehidupan aku semakin seronok kerana hasil jualan dadah ku mendapat sambutan yang banyak sekali, tapi keseronokan itu tidak tahan lama.kerjaya aku dapat dihidu oleh pihak berkuasa kerana kawanku telah memberitahu yang aku adalah pusher. Pastu aku ditangkap dan di tempatkan lokap kat Bentong. Aku dikenakan seksyen 12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952.Selama 3 bulan aku bicara di makamah akhirnye aku di jatuh kan hukuman 3 tahun di sekolah Henry Gurney oleh hakim tersebut. Masa aku dijatuhkan hukuman tu, aku terasa resah sangat kerana aku macam tak percaya yang aku akan di hantar ke sekolah Henry Gurney.

Selepas aku di hantar ke sekolah itu aku dapat melihat semua budak-budak sekolah tu badan semua besar2. Aku mula terasa resah. Akhir nye aku diquarantin di sebuah blok yang di beri nama BILIK PENERIMAAN. Di situ aku memulakan kehidupan aku sebagai seorang juvana. Selepas tiga bula aku berada di situ, aku di naikkan ke blok lain mengikut kehendak kerja yang aku minta. Masa tu aku meminta untuk memasuki sekolah balik dan aktiviti petang ialah Pancaragam. Aku dapat ditempatkan kat HOUSE HANG LEKIR. Selepas aku ditempatkan di tempat tersebut, aku di tanya oleh budak2 senior, samada aku nak jadi gengster/balaci/jambu.

Maksud gengster ialah ketua/taiko. Balaci ialah org yang jadi tukang basuh baju budak senior dan jambu ialah.tak payah la bagi tau paham2 sendiri la.budak2 yang satu batch ngan aku cuma 3 org jer pilih gengster, yang lain semua takut ada yang pilih balaci dan jambu. Selepas aku ngan 2 org lagi pilih gengster maka start la kita org sparing (bergaduh). Setip petang mesti kita akan sparing…selama 3 bulan aku hadap benda tu dan akhir nye aku dapat tempah nama kat sekolah tu. Aku dapat pangkat kepala port (maksud nye ketua gengster). Nasib aku baik sangat kerana aku bukan seorang yang kaki pukul belakang. Aku mendapat jambu yang banyak dan balaci. Tetapi aku kesian melihat mereka.

Selama 2 tahun 2 bulan aku di naikkan pangkat sebagai Kapten sekolah oleh Tuan besar yang jaga penjara tu. Selepas aku di naikkan pangkat aku berasa sangat seronok kerana aku dapat pangkat yang paling besar kerana budak2 lain tak dapat keistimewaan ini. Aku macam kaki mum houser master la (tuan yang jaga blok aku). Semasa aku dalam sekolah tu aku dapat banyak sangat pengajaran dan teladan. Aku belajar bagaimana nak jadi seorang insan yang berguna pada masyarakat. Aku sangat menyesal akan tindakan aku pada masa lalu.

Setelah 3 tahun berlalu aku telah dibebaskan dan aku balik ke kampung asalku. Sekarang aku mendapat kerjaya yang bagus. Aku berasa bangga kerana Allah masih sayangkan hamba nye. Akhir nye aku hidup sederhana.
0 Kaki Cili Padi "Kisah Benar Bekas Pelajar Sekolah Henry Guurney Kongsi Pengalaman "

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info