Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Kini Pandu Ferrari, Azlan (and the Typewriter) Tetap Rendah Diri

Sudah lama kita tidak mendengar cerita mengenai Azlan atau yang lebih dikenali dengan Azlan & The Typewriter setelah penyanyi ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2011. Malah selebriti ini juga kurang menonjolkan dirinya sama ada di televisyen atau pentas besar seperti acara anugerah dan sebagainya.

Memilih untuk berahsia atau tidak mendedahkan kisah peribadinya kepada umum, Azlan yang kini lebih menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan dilihat telah berjaya dan mampu bergaya mewah.

Kami lihat Azlan kini selalu berkongsikan aset terbaru miliknya yang merupakan sebuah kereta sport Ferrari di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun buat masa ini, Azlan memilih untuk tidak mengulas mengenai bidang perniagaan yang dilakukannya kerana perkara tersebut lebih bersifat peribadi dan bukan untuk didedahkan kepada umum.

“Saya tak boleh nak komen la kalau nak tanya pasal kereta sebab perkara itu lebih kepada hal peribadi” Maaflah saya tidak boleh nak komen mengenainya,” ujar Azlan apabila disoal mengenai kereta Ferrari.

Kini Pandu Ferrari, Azlan (and the Typewriter) Tetap Rendah Diri - ROTIKAYA 20150304_0916


Kini Pandu Ferrari, Azlan (and the Typewriter) Tetap Rendah Diri - ROTIKAYA 20150304_0919
0 Kaki Cili Padi "Kini Pandu Ferrari, Azlan (and the Typewriter) Tetap Rendah Diri"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info