Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Kecoh Bila Tokey Ayam Bangla Dapat ‘Datuk’

Kecoh Bila Tokey Ayam Bangla Dapat ‘Datuk’

Rata-rata pengguna media sosial menjadikan tindakan tersebut sebagai bahan sindiran dan kutukan di laman sosial. Bahkan tak kurang juga yang mempersoalkan apakah kewajaran pangkat ‘DATUK’ diberikan kepada rakyat Bangladesh.

Sebenarnya, perkara ini tidak pelik di Malaysia pun.

Kita pernah anugerahkan pangkat ‘Datuk’ kepada Shah Rukh Khan.
Bahkan baru-baru neh kepada Jackie Chan juga.

Shah Rukh Khan ialah pelakon dari India.
Manakala Jackie Chan ialah pelakon dari Hong Kong.
Kedua-dua mereka juga bukan rakyat Malaysia.
Maka tidak aneh juga kenapa warga asing seperti kelahiran Bangladesh mendapat pangkat ‘Datuk’ di Malaysia.

Individu berkenaan ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia. Bernama Hanif dan kini bergelar Datuk Hanif. Datuk Hanif ini juga dilaporkan telah menyumbang 1.5 juta ringgit Malaysia bagi membantu mangsa banjir di Pahang.

Mungkin ini antara penyebab kenapa pangkat ‘DATUK’ diberikan kepadanya disamping atas kejayaannya menjadi seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.
0 Kaki Cili Padi "Kecoh Bila Tokey Ayam Bangla Dapat ‘Datuk’"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info