Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Kaka Jawap Isu Bertindik Macam Lembu




Anda masih ingat lagi mengenai kontroversi foto Kaka Azraff yang disamakan seperti lembu apabila dia mengenakan ‘tindik’ hidung?


Hari ini, penyanyi cantik itu telah pun menjawab kontroversi itu di mStar Online dengan mengatakan bahawa komen itu tidak adil dan bersifat jahat.

“Biarpun saya merasakan komen menyamakan saya seperti lembu itu adalah yang paling jahat tetapi saya tidak ambil hati kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Tambahan pula saya tidak menjelaskan apa sebabnya saya berpakaian sedemikian sehingga mereka sanggup berkata sebegitu.”

“Saya setuju menjayakan projek itu kerana tidak sebelum ini tidak pernah menjayakan tema Bollywood selain ingin menyokong pelajar berkenaan yang ingin menggunakan selebriti untuk projek mereka.

Hendak salahkan ‘keyboard Warrior’ yang menghentam saya pun tidak boleh juga kerana sebelum ini saya tidak pernah menjelaskan mengapa saya berpakaian dan menggunakan aksesori sedemikian sehingga timbul salah faham.

Saya tidak boleh masuk campur urusan konsep yang hendak disampaikan kerana itu projek mereka dan saya sebagai model hanya ikut sahaja.”


0 Kaki Cili Padi "Kaka Jawap Isu Bertindik Macam Lembu"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info