Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Fara Fauzana Akui Sudah Ada Kekasih Dan Ini Gambar Kekasihnya Yang Sangat Kacak

Jika anda perasan, penyampai radio popular ini sangat sukar malah sehabis boleh tidak mahu membuka kisah mengenai kehidupan peribadinya dan apa yang mengejutkan, melalu rancangan Melodi hari ini, Fara Fauzana mengakui bahawa dia kini sudah mempunyai teman lelaki.


Tidak berniat untuk mendedahkan gerangan siapakah teman lelakinya itu, Fara berharap agar peminat mendoakan yang terbaik untuknya.

“Saya sangat private perkara sebegini walaupun dengan kawan sendiri. Saya wanita Melayu dan Islam. Saya perlu jaga sedikit lebih. Saya juga lebih selesa untuk keep it to myself. Banyak hati yang saya perlu jaga, family, bestfriend”

“Setiap orang mahu impikan sesuatu yang baik. Saya harap anda boleh doakan yang terbaik untuk saya dan juga orang di luar sana,” ujarnya.

Kami ingat lagi, dua tahun lalu, Fara mengakui bahawa dia sudah menyiapkan rekaan kad jemputan perkahwinan walaupun ketika itu masih belum berpunya. Mungkin tidak lama lagi Fara sudah sampai masanya rekaan tersebut dicetak dan jangan lupa jemput kami. Eh.
0 Kaki Cili Padi "Fara Fauzana Akui Sudah Ada Kekasih Dan Ini Gambar Kekasihnya Yang Sangat Kacak"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info