Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Fad Bocey Bakal Akhiri Zaman Bujang, Nikah Pilihan Hati 14 Mac Ini



Tahniah kami ucapkan kepada pelawak Fad Bocey yang bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hati, yang dikenali sebagai Nur Syahirah A.Rahman, 21, pada 14 Mac ini di Jitra Kedah.

“Insya-Allah semua persiapan berjalan lancar dan pada majlis tersebut kami akan bertunang di sebelah pagi dan akad nikah berlangsung pada sebelah petangnya,” ujarnya sambil memberitahu majlis resepsi akan diadakan di Dewan Tun Rahah, dekat sini pada 23 Mei depan.

Menurut Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam, mereka mula berkenalan sejak dua tahun lalu, kerana ketika itu Syahirah sering hadir ke program tersebut bagi menemani kakak angkatnya yang juga pelawak Jihan Musa.

“Kami kenal sudah dua tahun iaitu ketika dalam MLM 2013, dia selalu datang ke program tersebut untuk menemani Jihan Musa. Daripada situ saya sudah mula terpikat,” katanya sambil menjelaskan bahawa Syahirah sukar didekati sehinggalah Fad melamarnya ketika hari jadi bakal isterinya itu pada 21 Oktober tahun lalu.

Kata Fad yang berusia 24 tahun dan Syahirah, 21, dia memerlukan seorang teman hidup yang mampu menjaganya di sini kerana dia sendiri berjauhan daripada keluarga yang berada di Johor.

“Saya sudah berjauhan dengan keluarga saya di Johor, jadi kalau boleh saya mahu ada orang yang menjaga makan dan minum saya di sini. Malah, saya lihat kehidupan orang berkeluarga ini nampak lebih baik dan teratur seperti Achey dan isterinya,” ujarnya
0 Kaki Cili Padi "Fad Bocey Bakal Akhiri Zaman Bujang, Nikah Pilihan Hati 14 Mac Ini"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info