Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Cara Undian ABPBH Ketinggalan Zaman – Pak Nil



April depan bakal berlangsungnya satu lagi anugerah yang cukup berprestij di Malaysia iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH). Masih menggunakan method sama, peminat boleh mengundi artis pilihan mereka menerusi borang pencalonan yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian.

Persoalannya sekarang masih relevan ke undian melalui surat khabar ini? Siapa je yang undi?
Bercakap kepada media, Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil nyata kurang senang dengan cara undian ABPBH pada masa kini yang dilihat agak lapuk dan ketinggalan zaman.

Tambah Pak Nil pihak penganjur perlu tampil dengan cara baru selari dengan kemajuan teknologi yang dah ada sekarang.

Saya harus berpesan kepada penganjur ABPBH supaya melihat cara lain yang lebih relevan. Benda ini (cara penggundian di akhbar) mungkin berjaya di masa Eman Manan, Zainal Abidin.

Sekarang dah masuk zaman media sosial dan juga dah ada fan club. Jadi bagaimana cara nak tunjukkan yang ditatang itu adalah yang sebenar-benarnya pilihan rakyat Malaysia.

Memetik laporan Mynewshub, Pak Nil mengakui ABPBH sekarang sudah hilang magisnya disebabkan keghairahan sesetengah kelab peminat yang sanggup berhabis ribuan ringgit mengundi artis kesayangan mereka.

Dakwa Pak Nil, andai menang sekali pun, gelaran tersebut tidak mewakili rakyat Malaysia secara umumnya.

Mereka ada fan club (kelab peminat), bukannya diundi oleh peminat di Malaysia secara umum. Peminat dia je yang keluar duit, labur duit, ditaja oleh sesuatu produk. Kalau artis itu menang, dia akan bawa nama produk itu sekali sebagai kemenangan.

Artis itu sendiri mahu ingatlah dia sebenarnya diundi oleh rakyat Malaysia atau peminat-peminat dia sahaja.

PIlihan rakyat Malaysia itu adalah populariti sebenarnya tapi kalau popular di kalangan peminat atau fan club mereka, saya rasa itu agak memberi gambaran yang salah mengenai pandangan populariti itu.

Kata-kata Pak Nil ini mungkin ada benarnya. Sebagai contoh tengok kelab peminat Amar Baharin, sanggup ‘borong’ surat khabar dalam kuantiti yang banyak bagi memastikan artis kesayangan mereka menang.

Pendapat kami senangnya, kemenangan yang diperoleh nanti biarlah setimpal dengan bakat yang dimiliki. Bukan atas faktor rupa semata-mata. Peace!

P/S : Undian secara online hanya untuk kategori online sahaja.
0 Kaki Cili Padi "Cara Undian ABPBH Ketinggalan Zaman – Pak Nil"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info