Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Cara Atasi Sikap Suami Baran



Pasti ada antara anda yang memiliki suami panas baran. Ini berkaitan dengan tabiat cepat marah apabila berlaku perkara yang tidak disukai. Malah ada juga si panas baran yang cepat naik tangan apabila marah.


Isteri yang mempunyai suami panas baran, ada kala hidup dalam serba ketakutan. Bimbang perasaan suami tercuit, sudah tentu diri ditengking atau dimarahi. Apa perasaan bila memiliki suami si panas baran, adakah perasaan cinta anda terjejas kerana sikapnya. Ini kerana tanyalah pada mana-mana wanita tentu mendambakan suami yang romantik dan penuh dengan kasih sayang.


Namun jika ditakdirkan pasangan hidup bersikap sebaliknya pemarah dan tutur kata kasar serta menakutkan bagaimana mahu berdepan dan terus menyayanginya? MW kali ini memberikan tip untuk anda agar kehidupan berumah tangga dengan suami si panas baran tetap bertahan dan aman.


Jangan membantah
Apabila si panas baran sedang berada dalam keadaan marah, sebagai isteri usah membantah kata-katanya. Selalunya orang sebegini berada di luar kawalan dan fikirannya asyik tertumpu kepada emosi marah.
Jika dia marah terhadap sesuatu yang tiada kaitan dengan anda, iakan sahaja kata-katanya.  Sekiranya anda membantah kata-katanya kala ini pasti situasi akan bertambah buruk. Menangani si panas baran sememangnya memerlukan kesabaran dan persediaan mental yang sangat kuat.


Bijak pilih masa
Untuk menasihati golongan lelaki, isteri perlu bijak memilih masa. Mereka selalunya tidak suka dinasihati dan menganggap nasihat sebagai mencari kesalahan. Justeru pilihlah masa sesuai untuk berbicara dari hati ke hati dengan pasangan anda.
Misalnya selepas makan hidangan kegemarannya. Selepas makan dan saat anda berdua sedang berehat, cuba berbicara dengan susunan ayat paling ringkas terhadap mereka. Katakan bahawa panas barannya perlu dikurangkan kerana anda takut dengan sikapnya yang sebegitu.


Kaitkan dengan anak-anak
Kaitkan juga kata-kata bicara pujukan anda itu dengan anak-anak. Katakan kepada suami bahawa sikap panas baran itu boleh menjadi contoh yang kurang baik terhadap anak-anak. Tidak elok jika anak-anak ternampak suami marah-marah.
Contoh paling mudah, ada sesetengah lelaki cepat benar panas baran kala memandu. Pantang ada pemandu yang membunyikan hon menegur corak pemanduan suami, suami cepat melenting. Kala itu keluarlah kata-kata maki hamun yang langsung tidak sedap didengar.
Beritahu suami anda, bahawa kata-kata sedemikian tidak elok didengar oleh anak-anak. Katakan kepada mereka, anda bimbang jika anak-anak terikut-ikut atau menjadi panas baran sebegitu. Pasti suami anda boleh mendengar bicara anda itu dengan senang hati.


Jangan pupuk kebencian
Perkara paling penting untuk mengukuhkan perasaan cinta kepada pasangan ialah menerima pasangan seadanya. Memang ada individu yang bersikap panas baran. Cuba nasihatkan juga pasangan anda itu supaya membaca ayat al-Quran tertentu untuk mengurangkan sikap buruknya itu.
Sebagai pasangan, anda juga disarankan supaya berdoa supaya Allah mengurangkan sikap panas baran suami. Seperkara lagi, usahlah memupuk kebencian terhadap pasangan disebabkan perangai buruk panas barannya itu.


Elak punca kemarahan
Sebagai orang yang paling dekat dengan suami, anda sudah tentu tahu apa dapat menjangka apa yang akan menyebabkan suami marah. Jadi hindari daripada melakukannya. Sebagai contoh jika anda tahu suami akan cepat marah bila anak-anak berbuat bising bermain dalam rumah maka pesan pada mereka supaya bermain di luar. Jika akan marah jika barangan peribadinya diusik maka pastinya ada tidak mengalihnya.
0 Kaki Cili Padi "Cara Atasi Sikap Suami Baran"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info