Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Borang Rayuan BR1M 2015


Borang rayuan permohonan BR1M - Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015. Kepada pemohon-pemohon yang sebelum ini tidak layak menerima atau ditolak permohonan BR1M 2015, anda boleh membuat rayuan sehingga 31 Mac 2015. Rayuan untuk mendapatkan bantuan BR1M 2015 ini perlulah menggunakan borang rayuan yang telah disediakan secara percuma.

Borang rayuan BR1M 2015 tersebut boleh anda dapati di mana-mana cawangan LHDN berdekatan atau anda boleh saya muat turun atau cetak di bawah ini. Untuk mencetak borang rayuan BR1M 2015, anda memerlukan perisian Adobe Reader di dalam komputer anda.
Borang Rayuan BR1M 2015

Anda boleh terus cetak borang di atas atau muat turun ke komputer. Borang rayuan BR1M 2015 ini adalah percuma, dan anda perlu melengkapkan butiran yang ada yang kemudian diserahkan ke pejabat atau cawangan LHDN berhampiran anda.

Tiada proses rayuan secara online. Cara buat rayuan BR1M 2015 ialah anda perlu cetak dan isi borang ini dan hantar beserta beberapa dokumen sokongan yang diminta.

Tempoh untuk melakukan rayuan ini adalah dari 1 hingga 31 Mac 2015.

Selamat berjaya.

0 Kaki Cili Padi "Borang Rayuan BR1M 2015"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info