Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Bilik Seks 5 Jam Untuk Banduan Teroris Di Penjara Arab Saudi

Sekali sebulan, tahanan kumpulan ekstremis itu boleh mendapatkan ‘waktu seks’ bersama pasangan selama lima jam untuk bersetubuh di dalam kamar khas dilengkapi katil, cadar dan snek ringan bagi dinikmati bersama ketika berasmara.

Selain Al-Hair, Arab Saudi sejak sedekad lalu sudah pun memiliki 4 buah lagi penjara yang sama dengan kawalan maksimum di seluruh negara, tetapi kecil sedikit saiznya, khusus untuk menghukum banduan pengganas IS agar kembali insaf.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Nayef malah membenarkan wartawan meninjau kemudahan di setiap penjara mewah terbabit sebagai salah satu strategi kerajaan membimbing tahanan secara penuh berhikmah.

“Kami tidak sembunyikan apa-apa pun. Sila tunjuk bangunan atau sel mana sahaja dan wartawan boleh lihat sendiri di depan mata,” kata pengarah penjara Al-Hair, Mohammed al-Ahmed, kepada sekumpulan petugas media antarabangsa.

Tidak seperti Guantanamo Bay milik Amerika Syarikat yang menzalimi banduan, Arab Saudi sebaliknya mengurus kebajikan keluarga tahanan teroris itu termasuk menyediakan wang bajet beli makanan, sewa rumah dan yuran sekolah anak.

Bahkan, pihak berkuasa menawarkan belanja hotel penginapan dan pengangkutan untuk anggota keluarga banduan datang dari jauh ke Riyadh bagi menjenguk bapa, suami, abang atau adik lelaki yang dihukum menjadi penghuni Al-Hair.

Di dalam kompleks penjara tersebut, ada dibina sebuah hotel sebagai ‘hadiah’ kepada banduan yang berkelakuan baik lengkap dengan hiasan bunga segar, makanan buffet dan ruang khas untuk anak-anak tahanan datang bermain. — Agensi
0 Kaki Cili Padi "Bilik Seks 5 Jam Untuk Banduan Teroris Di Penjara Arab Saudi"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info