Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Benjy Tak Mampu Bayar Wang Jaminan, Hanya Tinggal Di Pondok Pengawal



Pada 5 Mac lalu, Benjy dan seorang wanita bernama Julia Ernie Jamaludin didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 9.33 gram dan memiliki dadah jenis sama 3.4 gram di The Reeds Boutique Hotel, No 9 Jalan Yap Ah Shak, Dang Wangi, pukul 9.30 malam.
Dalam perkembangan terbaru, Benjy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan tersebut.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Benjy dan Julia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pada mulanya, Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon kepada mahkamah supaya menetapkan jaminan sebanyak RM9,000 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 untuk pertuduhan kedua.
Peguam Farhan Read yang mewakili Benjy bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan atas alasan Benjy tidak mempunyai kerja tetap dan hanya menumpang tinggal di pondok pengawal bersebelahan rumah rakannya.
Anak guam saya kini tinggal di pondok pengawal rumah rakannya dan agak sukar untuknya mendapatkan wang yang banyak sebagai wang jaminan. – Tupai

Sementara itu, peguam Zaidi Othman yang mewakili Julia turut memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya merupakan ibu tunggal yang perlu menanggung dua orang anak berusia setahun setengah dan empat tahun.
Anak guam saya juga hanya membantu rakannya berniaga pakaian dengan pendapatan kurang RM1,000. – mStar Online
Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor kemudiannya membenarkan masing-masing diikat jamin RM4,500 bagi pertuduhan pertama dan RM2,500 bagi pertuduhan kedua dengan syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.
0 Kaki Cili Padi "Benjy Tak Mampu Bayar Wang Jaminan, Hanya Tinggal Di Pondok Pengawal"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info