Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Alyah Ada Sebab Sendiri Mengapa Tidak Pakai Cincin Kahwin

Sebelum ini pernah kecoh mengenai tindakan Alyah yang melanggar kereta milik suaminya, Datuk Ramli MS dan hari ini, rancangan Melodi sempat bertanyakan pula soalan mengenai tindakan Alyah yang tidak mengenakan cincin kahwin di jarinya.



“Saya memang tak pakai cincin kahwin. Kadang-kadang kita lupa. Saya bukan penggemar emas, hilang nanti susah nak jawab,” katanya apabila diajukan soalan tersebut sambil turut menjelaskan perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan kejadian yang menimpanya sebelum ini.

“Sekarang sudah bulan Mac, apa yang jadi sebelum ini, saya dah tinggalkan di sana (bulan Januari) dah,” ujar Alyah menerangkan situasinya sekarang yang sudah melupakan perkara yang terjadi awal tahun ini.

Disentuh mengenai dakwaan dia menangis di belakang pentas setelah membuat persembahan pada Anugerah Juara Lagu 29 Januri lalu, Alyah memberitahu, punca dia menangis adalah kerana terharu dengan sokongan individu yang membantu dia menjayakan persembahan pada malam tersebut.

Malah menurut Alyah, pada malam persembahan itu juga dia sebenarnya berada di dalam keadaan yang tidak berapa sihat
0 Kaki Cili Padi "Alyah Ada Sebab Sendiri Mengapa Tidak Pakai Cincin Kahwin"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info