Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Al-Fatihah - Harun Salim Bachik Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini.

Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

"Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu.

"Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.



"Ketika ini, mereka sedang menunggu ambulans untuk membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur," katanya.

Pada ketika ini, punca kematian belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, sebelum ini Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.
1 Kaki Cili Padi "Al-Fatihah - Harun Salim Bachik Meninggal Dunia"

Ya Allah.. Moga Arwah ditempatkna dikalangan orang yang terpilih.. Al-Fatihah

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info