Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

5 Pekara ‘JANGAN & TIDAK PERLU’ Lakukan Selepas Putus Cinta!

Putus cinta memang menyakitkan dan memeritkan. Kerana kesakitan yang dirasai, kamu cenderung untuk melakukan pekara-pekara yang luar dari kebiasaan. Girls, jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan kerana ia hanya akan merugikan dan memalukan diri sahaja.



# 1 | JANGAN LAKUKAN PEKARA YANG MELULU!
Setelah ditinggalkan, elakkan daripada melakukan pekara-pekara yang terlintas di fikiran kamu. Sebaiknya, ambil sedikit waktu untuk menenangkan diri terlebih dahulu. Ini kerana, kamu sedang berada dalam keadaan yang tidak terkawal, setiap pekara yang terlintas di saat itu hanyalah ‘ganguan’ minda dan emosi sahaja. Jika tidak di kawal, potensi untuk kamu lakukan pekara-pekara yang tidak masuk akal seperti mencederakan diri dan memalukan diri sangat tinggi.

# 2 | JANGAN MENAGIH SIMPATI
Ya, tahu kamu sedang bersedih. Tetapi janganlah sehingga kamu menagih simpati dari semua orang. Cara ini akan membuatkan kamu kelihatan sangat lemah dan tidak bijak mengambil langkah penyelesaian. Sebaiknya, pilih salah seorang teman paling rapat untuk meluahkan kesedihan kamu. Sekurang-kurangnya kamu akan rasa lebih lega dan tenang.

# 3 | JANGAN UPLOAD SEBARANG STATMEN DI FACEBOOK & SOSIAL MEDIA.
Benda paling penting, jangan muat naik sebarang statmen atau kata-kata di sosial media saat kamu sedang bersedih. Ini kerana kamu tidak tahu apa yang bakal terjadi kelak. Selagi segalanya belum rasmi lebih baik kamu berdiam diri.

# 4 | TIDAK PERLU KERAP HUBUNGI SI DIA
Walaupun kamu terlalu merindui dirinya, kamu tidak perlu menghantui hidupnya. Elakkan dari kerap menghubunginya dan memaksa si dia membalas setiap pesanan ringkas kamu. Cara ini akan membuatkan si dia semakin rimas dengan sikap kamu yang keanak-anakkan.

# 5 |TIDAK PERLU JADIKAN DIA BEST FRIEND
Tiada salahnya untuk kamu terus mengekalkan hubungan sebagai kawan dengan si dia. Tetapi cuba fikirkan semula adakah kamu benar-benar kuat untuk menghadapi realiti seperti melihat si dia temui penganti mu ? Oleh itu, lebih baik jika kamu cipta sedikit ruang di antara kamu berdua agar hati kamu tidak di sakiti sekali lagi walaupun tanpa di sedari.
0 Kaki Cili Padi "5 Pekara ‘JANGAN & TIDAK PERLU’ Lakukan Selepas Putus Cinta!"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info