Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Yana Samsudin: Pada Mata Saya, Dia Lelaki Yang Beriman

Debaran semakin hampir kepada Yana Samsuddin apabila dia bakal diijabkabul pada Jumaat ini dan dalam masa yang sama masih sempat berkongsi sedikit sebanyak mengenai sikap bakal suaminya, Fadzil Zahari, yang dikatakan sangat penyabar orangnya.



“Dalam apa saja situasi tak kira dalam keadaan tegang sekalipun, dia sangat penyabar. Saya hormat sikap dan dirinya. Dia akan pegang kata-katanya termasuklah tahap keseriusannya untuk memperisterikan saya.

“Tutur katanya sangat lembut dan sopan. Dia juga senang di bawa berbincang. Pada mata saya, dia lelaki yang beriman. Dia banyak mengingatkan saya mengenai hal berkaitan agama,” katanya.

Berkongsi cerita mengenai tempoh perkenalannya dengan Fadzil, Yana mengakui terkejut kerana bakal suaminya itu sabar menantinya sejak dari awal perkenalan dan selepas Yana dirisik sekitar 2009.

“Ketika itu juga saya ada cakap kepadanya saya ada banyak tanggungan. Tak boleh fokus bercinta dulu. Pengalaman lalu mematangkan saya. Cuma pada tahun lalu saya cakap saya bersedia untuk berkahwin kerana nenek pun sudah uzur selain kehidupan sudah mula stabil”

“Tapi ketika itu orang ingat saya tuju komen itu kepadanya sedangkan ia secara umum,” katanya yang tidak menyangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepadanya biarpun menunggu lama seterusnya menghantar rombongan meminang Disember lalu.
0 Kaki Cili Padi "Yana Samsudin: Pada Mata Saya, Dia Lelaki Yang Beriman"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info