Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Warna Baju yang Menjadi TRENDING Di Seluruh Dunia Termasuk Taylor Swift?




Siapa sangka sehelai baju boleh menjadi popular dan trending di seluruh dunia malah ramai yang berdebat sehingga menjadi dua kumpulan. Hebat betul penangan baju ini.

Warna baju ini menjadi viral apabila ribuan pengguna mempersoalkan warna baju dan soalan yang sama ''Apa Warna Sebenar Baju Ini''?
Rata rata yang meneka memberi jawapan ''biru hitam'' dan ''Putih Emas''
Malahan selebriti popular juga turut memberikan soalan yang sama termasuklah Taylor Swift dan Kim Kardashian.


Selama hampir 24 jam akhirnya portal berita mendedahkan warna baju tersebut. 
Sebenarnya, baju tersebut berwarna hitam dan biru mengikut kata orang pertama yang upload gambar tersebut. 
Gambar dress tersebut diambil oleh ibu kepada rakan baiknya disebabkan satu urusan perkahwinan.
Menurut portal Business Insider, “Apa yang sebenarnya berlaku adalah dua kawan baik saya bakal berkahwin dan ibu pengantin perempuan menghantar gambar tersebut kepadanya.

“Apabila kawan saya menunjukkan foto tersebut kepada tunangnya, mereka tidak sependapat tentang warna dress tersebut. Semua rakan-rakan kami turut tidak sependapat.”
Persoalan yang bermain di fikiran Neil menyebabkan beliau mengupload gambar tersebut di laman sosial dan mendapat respon dari pelbagai pihak. 
Menurut Neil;;
“Saya ingat hanya pengikut saya di Tumblr akan memberikan reaksi terhadap foto tersebut, tapi saya tak menjangkakan Taylor Swift dan Mindy Kaling turut sama memberikan pendapat.”
Apa-apapun, hashtag #thedress masih lagi menjadi trending di ruangan Twitter sampai sekarang. Hebat penangan laman sosial ini. 

0 Kaki Cili Padi "Warna Baju yang Menjadi TRENDING Di Seluruh Dunia Termasuk Taylor Swift? "

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info