Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Wanita Koma Selepas Dibelasah Bekas Suami


Alor Star : Seorang lelaki telah melanggar bekas isterinya oleh kerana perasaan cemburu dan rasa tidak puas hati. Tambahan pula, suspek telah cuba untuk menculik mangsa, Rorniza Fadzil, 29, ke dalam kereta suspek tetapi mangsa berjaya melompat keluar.  

Kejadian ini berlaku pada awal pagi hari Khamis 26 Februari 2015 di Jalan Pinang, Alor Setar. 

Menurut saksi, mangsa dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang dipandu oleh bekas suaminya. Pergelutan antara mangsa dan suspek telah berlaku sebelum mangsa dilanggar sekali lagi oleh sebuah kenderaan yang lain. 

Dia telah jatuh ke atas jalan dan tidak bergerak. Suspek kemudiannya telah melarikan diri dari lokasi kejadian.

Kini, Rorniza berada di dalam keadaan serius di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan sedang menerima rawatan walaupun berada di dalam koma. 

Menurut ibu mangsa, Roshilah Abu Bakar, 57, anak perempuannya sering menerima ugutan dari bekas suaminya selepas bercerai 7 bulan yang lepas. Suspek kini sedang diburu pihak polis dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kredit News Mylunchpad


0 Kaki Cili Padi "Wanita Koma Selepas Dibelasah Bekas Suami"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info