Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Video Pemandu Wanita Cantik Tawar Rasuah RM20 Pada Anggota Polis



KEPONG - Video seorang pemandu wanita berbangsa Cina ditahan bersama rakannya, penumpang lelaki oleh anggota PDRM.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sekitar kawasan Kepong itu, wanita terbabit ditahan atas kesalahan memandu dengan lesen tamat tempoh dan tidak memakai tali pinggang keselamatan. Anggota polis yang bernama Osman itu juga mahu memeriksa kereta wanita terbabit namun dihalang menyebabkan anggota terbabit terpaksa membawa mereka berdua ke balai.

Berdasarkan rakaman video yang dibuat oleh si pesalah trafik tersebut, wanita itu dipercayai cuba 'membayar' anggota polis itu sebanyak RM20 agar dia tidak ditahan.

Bagaimanapun, anggota polis yang wajahnya mirip Rahim Raja Lawak itu, enggan menerima wang yang ditawarkan menyebabkan dua individu itu mula menimbulkan kekecohan.

"RM20 kecil sangat, kasi you cek la kawan," sindir wanita itu.

Rakannya cuba menakut-nakutkan anggota polis itu dengan menghubungi Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman. Sekali lagi, tindakannya itu tidak dipedulikan oleh pegawai berkenaan.

Anggota polis itu tidak mahu mengeluarkan saman, sebaliknya mahu membawa kedua individu itu ke balai untuk membuat pemeriksaan terhadap wanita itu. 

Tindakan individu merakam video ini dipercayai cuba mencemarkan imej PDRM melalui media sosial. Bagaimanapun, niat mereka dikecam oleh netizen yang rata-rata melabelkan kedua-dua individu itu sombong dan biadab.

PERINGATAN

Mana-mana orang awam yang ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugas.

Jika didapati mengeluarkan kata-kata berunsur makian, cacian, hinaan dan sewaktu dengannya, tertuduh boleh didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam.
0 Kaki Cili Padi "Video Pemandu Wanita Cantik Tawar Rasuah RM20 Pada Anggota Polis"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info