Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Video 2 Lelaki Cina Bergaduh Berebut 'Parking'



Gara-gara berebut tempat letak kereta, seorang lelaki mengamuk dan sengaja merosakkan kereta milik mangsa.

Lelaki berusia lingkungan 30’an itu bertindak ganas terhadap mangsa yang didakwanya sengaja mengambil petak parkingnya yang berada di hadapan kedai milik lelaki itu. 

Bagaimanapun, wanita yang dipercayai isterinya cuba menghalang lelaki terbabit terus bertindak ganas. Namun gagal apabila lelaki itu mengambil peluang untuk menendang kereta mangsa.

Berdasarkan dialog perbualan kedua-dua pihak, mangsa mendakwa lelaki terbabit terus memarahinya kerana mangsa meletakkan kereta di tempat yang menjadi kebiasaan lelaki itu meletakkan kenderaannya, sedangkan tempat berkenaan adalah tempat letak kereta untuk orang awam. 

video

Berang dengan ‘kecerdikan’ mangsa, lelaki itu terus mengamuk dan memaki hamun mangsa tanpa memperdulikan anaknya yang terjerit-jerit meminta ayahnya berhenti berkelakuan seperti orang gila. 

Orang awam yang turut melihat kejadian itu cuba meredakan keadaan namun lelaki itu enggan berhenti menyerang mangsa.

Kesal dengan tindakan lelaki itu, mangsa bertindak menghubungi pihak polis bagi menyelesaikan masalah mereka.

0 Kaki Cili Padi "Video 2 Lelaki Cina Bergaduh Berebut 'Parking'"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info