
Sejujurnya bagi lelaki, pengalaman pertama kali mengakad nikah adalah merupakan satu saat yang manis dan ada juga merupakan satu saat yang menakutkan.
Semestinya kita sering terdengar dan melihat dan ada juga yang pernah merasainya sendiri pelbagai gelagat dalam majlis akad nikah ini.
Ada juga yang lupa nama bakal isteri? sebab terlalu cemas dan sampai 3 4 kali akad nikah pun ada.
Berikut merupakan tips-tips yang boleh dibaca dan boleh juga dipraktikkan oleh anda diluar sana yang akan bakal melangsungkan perkahwinan.
1) YAKIN
Pengantin lelaki itu haruslah merasa yakin dengan dirinya sendiri dan juga dengan pilihan hatinya untuk berkahwin dgn si pengantin perempuan ini.
2) BERANI
Hilangkan perasaan negatif dalam diri. walaupun pengantin lelaki itu tahu yang ramai yang tengah fokus kepadanya.Abaikan saja cerita kerut marut kawan-kawan yang mengusik sebelum ini.
3) BERSEDIA
Semestinya kene bersedia.. sebelum hari nk akad, practice ckp dgn diri sendiri... baca ape2 yang patut takot nanti kena soal depan org ramai.
4) BERBICARA/BERCAKAP DENGAN DIRI SENDIRI
Sebelum sampai hari yang mendebarkan itu eloklah practice, practice dan practice!! sorang-sorang ataupun dengan kawan.
5) BANYAKKAN BERTANYA
Sebagai suami dan bakal ayah kenalah ada tanggungjawab dalam diri untuk tahu pelbagai perkara, jadi kena rajinkan diri untuk bertanya perkara-perkara yang masih was-was dalam fikiran.
0 Kaki Cili Padi "Tips-Tips Buat Pengantin Lelaki Ketika Hendak Lafaz Akad Nikah"