Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Tegar Duduk Di Rumah Akibat Tiada Pasport

tegar

Pihak pengurusan penyanyi yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang di Malaysia, Tegar, iaitu Media Asia Production Sdn Bhd (MAP) menafikan dakwaan mengatakan remaja berusia 13 tahun itu kembali mengemis.

Menurut bekas pengarah pengurusan MAP, Nasir Deraman, penyanyi itu kini disahkan sedang berada di bawah jagaan keluarganya di Subang, Indonesia.

Difahamkan, Tegar tidak lagi dibawah jagaan pengurusnya selepas keluarganya sendiri membawanya pulang ke rumah. Hal itu disebabkan ibu Tegar tidak berpuas hati dengan pengurus berkenaan selepas mereka tidak mendapat berita dan mengetahui keadaan sebenar Tegar selama ini.

“Dia tidak mengemis. Dakwaan itu tidak benar. Dia sekarang berada di rumah keluarga dia di Indonesia. Sebenarnya, apa yang saya tahu sejak dia bersama pengurus baharunya, ibu dan keluarganya ‘terputus’ hubungan dengan Tegar.

“Keluarga terutama ibunya, berasa risau kerana tidak tahu Tegar ada di mana dan bagaimana keadaannya. Pengurus tersebut tidak memaklumkan kepada ibunya tentang perkembangan terkini Tegar.

“Sejak daripada awal lagi ibunya memang bersetuju Tegar dijaga pengurus tersebut atas beberapa faktor lain yang tidak dapat saya dedahkan. Jadi, sebaik saja Tegar pulang ke Indonesia selepas terlibat dengan pementasan Tahajjud Cinta di Istana Budaya pada Januari lalu, keluarganya terus membawa dia pulang ke rumah.

“Disebabkan itu mereka tidak sempat hendak mengambil pasport dan gitar Tegar daripada pengurus berkenaan,” jelasnya.

Nasir berkata demikian selepas diminta mengesahkan dakwaan Tegar sekarang sudah hilang sumber pendapatan gara-gara di tipu pengurus dan akibatnya, dia terpaksa kembali kepada kerja lamanya iaitu sebagai pengemis jalanan.

Buat masa ini Tegar tidak boleh keluar dari Indonesia selepas pasportnya masih lagi dipegang bekas pengurusnya itu.

Bagaimanapun, Tegar sepatutnya dijadualkan membuat beberapa persembahan di Kuala Lumpur dan juga di Sabah pada Mac depan.

Kata Nasir lagi, pihak syarikat rakaman Tegar di Indonesia akan berjumpa dengan bekas pengurusnya itu dan berbincang untuk menyelesaikan kekeliruan hal itu.

“Label di Indonesia akan membantu keluarga Tegar untuk berjumpa dengan bekas pengurusnya itu. Mereka akan berbincang dan mencari jalan penyelesaian.

“Saya yakin perkara ini akan dapat di selesaikan tidak lama lagi. Lagipun pada bulan Mac ini Tegar ada beberapa persembahan di sini,” katanya. – MD
0 Kaki Cili Padi "Tegar Duduk Di Rumah Akibat Tiada Pasport"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info