Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Skuad B-22 Malaysia tewaskan Bangladesh julang trofi Piala Emas Bangabandhu 2015



Memasuki babak kedua dengan kelebihan 2-0, skuad negara begitupun tampil agak leka dan ia pantas digunakan Bangladesh yang meledak gol pertama tiga minit permainan bersambung menerusi Jahid Ameli.

Berpunca daripada lontaran ke dalam, Ameli melonjak tinggi untuk menewaskan penjaga gol Malaysia, Mohd Farhan Abu Bakar.

Gol itu jelas meningkatkan semangat pemain Bangladesh yang kemudian pantas menyamakan kedudukan 2-2 menerusi Yeasin Khan juga daripada tandukan pada minit ke-54.

Begitupun, ketika Bangladesh rancak memburu jaringan penyamaan, lonjakan tinggi Faizat mengesahkan kemenangan skuad negara apabila menanduk masuk gol menerusi sepakan sudut.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menjuarai Piala Emas Bangabandhu ialah pada tahun 1997.

Razip merangkul gelaran antarabangsa pertama bersama Harimau Muda A.

KUALA LUMPUR: Gol daripada penyerang gantian, Faizat Ghazli pada masa kecederaan mengesahkan kemenangan 3-2 skuad bawah 22 tahun Malaysia (B-22) ke atas Bangladesh sekaligus menjuarai trofi Piala Emas Bangabandhu 2015, hari ini.

Beraksi aksi final di depan ribuan penyokong tuan rumah yang membanjiri Stadium Nasional Bangabandhu, Dhaka, Bangladesh, Malaysia begitupun tidak gugup malah lebih awal meledak jaringan.

Tanpa dijangka, rembatan padu daripada luar kotak penalti pemain tengah Nazirul Naim Che Hashim terus menerjah gawang Bangladesh yang untuk gol pertama pada minit ke-29.

Jaringan itu jelas menyuntik semangat pemain negara yang berjaya menggandakan jaringan menerusi gol S Kumaahran pada minit ke-40.
0 Kaki Cili Padi "Skuad B-22 Malaysia tewaskan Bangladesh julang trofi Piala Emas Bangabandhu 2015"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info