Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Sikap Wanita Yang Buat Lelaki Tak Nak Date

Jika hubungan percintaan anda terputus di tengah jalan, pasti anda merasakan si dialah puncanya. Malah, jika ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan anda, ia mungkin bukan sebab si dia. Boleh jadi andalah yang menjadi punca sebenar.

1. Suka dominasi dan merasakan diri macam bos

Bayangkan dia yang membuat keputusan tentang pakaian yang si dia patut pakai, ke mana nak pergi, dengan siapa nak bergaul, nak makan apa, kiranya semua benda dia yang tentukan. Okay, mungkin baginya sifat dominasi adalah normal tetapi tidak bagi pasangannya. Akibatnya, dia sama ada akan sentiasa diabaikan oleh pasangan atau terus ditinggalkan begitu sahaja.

2. Minah air mata – asyik menangis, menangis

Kalau semua perkara nak menangis, bukankah itu agak annoying. Sebaik bahaja pergaduhan bermula, dia mula menumpahkan air mata dengan deras sehingga pasangan akan rasa keliru dan takut. Sememangnya, kebanyakan wanita jenis ‘minah air mata’ seperti ini lebih cenderung untuk ditinggalkan lelaki. Ingat, tahap kesabaran lelaki juga ada hadnya.

3. Jadi pencetus kepada segala benda

Wanita dalam kategori ini selalunya suka memulakan sesuatu, malah dia lah yang memulakan langkah pertama dalam perhubungan. Dia juga yang membuat keputusan dengan lelaki mana dia mahu adakan hubungan. Hatinya pula keras seperti batu dan sukar untuk bertoleransi. Pada masa yang sama, dia juga mudah untuk bertukar haluan dan tiba-tiba saja membuat keputusan untuk mengakhirkan suatu hubungan tanpa berbincang.

4. Bersifat posesif

Tekanan sangat dengan soalan seperti “Awak kat mana?” atau “Kenapa tak angkat call saya?” atau “Awak dengan siapa tu?”, itu adalah antara contoh soalan yang selalu ditanya wanita posesif. Ke mana saja pasangannya pergi atau apa jua aktiviti yang pasangannya ingin lakukan, pasti dia ingin tahu secara terperinci.

5. Terlalu obses dengan idola anda

Tidak ada salahnya dan bukan satu jenayah untuk menjadi peminat setia bintang filem atau personaliti sukan atau mana-mana selebriti terkenal sekalipun. Tapi dalam hal ini, ia sangat berbeza. Dia bukan sahaja peminat nombor, tetapi dia taksub! Dia mempunyai teman lelaki, tetapi pada masa yang sama, dia meletakkan harapan tinggi bahawa satu hari nanti idolanya itu akan melamarnya. Dia juga suka membanding-bandingkan pasangannya dengan bintang pujaannya itu.
0 Kaki Cili Padi "Sikap Wanita Yang Buat Lelaki Tak Nak Date"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info