Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

“Siapa yang buat fitnah saya sakit…,” – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menafikan penyebaran sekeping gambar yang dimuat naik sebuah blog yang memaparkan gambarnya terlantar di sebuah hospital.

Ibrahim berkata beliau kini berada di Southampton, England bagi memenuhi undangan program bersama pelajar luar negara dan mengesahkan keadaannya yang sihat.

“Alhamdulillah dah sampai di Southampton di selatan England. Tunggu lunch dalam kedai Turki makan beriani kambing. Dan ada program dengan pelajar di Southampton.

“Sejak 5 haribulan hingga sekarang cuaca sejuk dan Alhamdulillah termasuk saya amat.. amat.. amat sihat. Hidup Perkasa! Siapa yang buat fitnah saya sakit… bangang betul dia orang ini.

“Saya berharap Insyallah semua berjalan lancar beberapa hari lagi akan kembali ke tanahair pada 17 haribulan ini,” katanya secara eksklusif selepas Majlis Penerangan dan Dialog Perkasa kali ke-5 Jelajah United Kingdom, hari ini.

Gambar yang dimuat naik di blog kalamungu.blogspot.com dengan tajuk ‘Ibrahim Ali Ditimpa Bala Dek Mulut Celuparnya Dakwa Nik Aziz Gagal’ menjadi viral sejak semalam ekoran kenyataan Ibrahim Ali yang sebelum itu mengkritik kepimpinan mantan menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi laman facebooknya, kelmarin.

Ibrahim menerima cemuhan dan dikecam orang ramai terutama masyarakat Islam selepas mengeluarkan satu kenyataan yang disifatkan tidak sensitif apabila mengulas mengenai pemergian Nik Aziz ke rahmatullah pada Khamis lalu.

“Kalau ikut pada usianya, maka pemergiannya tidaklah mengejutkan dan sebelum ini sudah lama tidak sihat, umurnya juga panjang.

“Rakyat Kelantan ramai menyanjungnya kerana beliau dikatakan ulama dan digelar Tok Guru, walaupun beliau tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri kelantan.

“Malah kemajuan Islam di Kelantan tidak ke mana dan hukum hudud gagal dilaksanakan semasa hayatnya walaupun menjadi MB Kelantan lebih 20 tahun,” tulis Ibrahim.

Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu membuat kenyataan berkenaan menerusi laman Facebooknya dan kemudian dipadamkan.

SUMBER
0 Kaki Cili Padi "“Siapa yang buat fitnah saya sakit…,” – Ibrahim Ali"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info