Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Sharnaaz Ahmad Sasar Kahwin 2 Tahun Lagi, Masih Merancang

Artis yang dicalonkan dalam kategori Artis Kontroversi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014), Sharnaaz Ahmad meletakkan sasaran sekitar jangkamasa 2 tahun daripada sekarang untuk menamatkan zaman bujangnya.

Tetapi itupun masih lagi menjadi tanda tanya baginya kerana masih tidak ada lagi tarikh atau tahun yang spesifik untuknya berkahwin.

“Saya tidak tahu hendak cakap 2015 ke 2016 tapi saya rasa dalam 2-3 tahun lagi. Paling lama pun mungkin 2-3 tahun lagi. Kita merancang kalau kata bulan depan kahwin pun okay sahaja”



“Bagi saya sebab kita tak boleh nak berebut. Saya saja cakap 2 tahun, tetapi kalau sibuk setahun nak buat macam mana. Sekarang dah cakap tahun ini tapi masih tak kahwin lagi. Masa 2 tahun adalah maksimum. Kita hanya mampu merancang Allah tentukan,” tambahnya.

Dia yang hadir ke sidang media ABPBH 2014 baru baru ini bersama Anis al-Idrus, sekaligus menamatkan spekulasi yang mereka sudah berpisah kini juga memberitahu untuk persediaan ke arah perkahwinan perlu seiring dengan pasangannya.
0 Kaki Cili Padi "Sharnaaz Ahmad Sasar Kahwin 2 Tahun Lagi, Masih Merancang"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info