Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Sambal Ikan Bawal Berlada



Lazimnya masakan pedas pasti akan menjadi sajian pembuka selera. Malahan, tidak lengkap sekiranya hidangan makan tengahari atau makan malam tanpa masakan pedas yang enak dan menyelerakan. Kali ini anda boleh mencuba resepi Sambal Ikan Bawal Berlada, munu paling ringkas tetapi sedap!

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana
4 tangkai cili merah       - dipotong
4 tangkai cili hijau        
3- 5 tangkai cili padi    
1 labu bawang besar    
1 keping asam gelugur
2 batang serai-diketuk
1 biji limau kasturi
1 sm belacan-dibakar
3 labu bawang merah   - dihiris
2 ulas bawang putih    
Sedikit minyak dan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuat:

  1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng dalam minyak yang banyak hingga separa garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah, cili hijau, cili padi, bawang merah dan bawang putih selama 3 minit.
  3. Angkat dan kisar bersama belacan menggunakan pengisar kering.
  4. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bahan kisar dan tambahkan sedikit air serta air asam jawa.
  5. Biarkan seketika hingga sambal menjadi pekat dan agak kering. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan tuangkan sambal goreng di atas ikan.
0 Kaki Cili Padi "Sambal Ikan Bawal Berlada"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info