Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Rozita Che Wan Berhijab, Hadiahkan Pakej Umrah Pada Zain

Bersama-sama menyambut hari lahir sang suami yang ke 31 tahun, semalam, Rozita Che Wan tampil membuat kejutan dengan berhijab. Cukup senang dan sejuk mata kami melihat.


Apa yang kami suka lihat, ramai di kalangan peminat Che Ta berharap agar artis kesayangan mereka ini akan terus berhijab dan ramai juga menyifatkan Che Ta terlalu comel jika berhijab.

Dalam sambutan hari lahir itu, Zain Saidin turut menerima hadiah berupa pakej umrah. Manis sungguh hadiah Che Ta kepada suaminya.

Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri oleh Sasha Saidin, Man Kajang, Azza Elite serta rakan-rakan artis yang lain.
0 Kaki Cili Padi "Rozita Che Wan Berhijab, Hadiahkan Pakej Umrah Pada Zain"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info