Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Rozana Bawa Polis Bersenjata Di Sekolah - Awei

Jika sebelum ini, Awie pernah menyatakan rasa terharu kepada anak sulungnya, kini Awie menyatakan perasaan terkilannya atas tindakan isterinya, Rozana Misbun yang didakwa melarikan dua anak mereka ketika berada di sekolah tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepadanya.


Menurut Awie, beliau tidak pernah menghalang isterinya itu untuk melawat anak-anak mereka di sekolah memandangkan wanita berkenaan enggan datang ke rumahnya.

“Saya tidak pasti kenapa dia tidak mahu datang ke rumah saya sendiri untuk berjumpa dengan anak-anak tetapi dia akan ‘serang’ apabila saya tiada di rumah”

“Perbuatan dia membawa lari anak-anak dari sekolah dengan membawa polis bersenjata membuatkan saya terkilan. Saya ingin tahu siapa polis itu kerana saya ragu-ragu dengan identitinya kerana sesuka hati membawa senjata tambahan pula ke sekolah”

“Bawa mereka lari satu hal malah tidak hantar mereka ke sekolah. Saya membayar yuran mereka bukan untuk disia-siakan begitu sahaja dan berasa pelik dengan tindakan anehnya,” jelas Awie,” katanya.

Selain itu Awie turut memberitahu bahawa Rozana tidak menghantar dua anaknya ke sekolah sejak membawa lari mereka pada 9 Februari lalu.

Menurut laporan mStar Online, langkah Rozana menjaga anak-anaknya itu adalah mematuhi peraturan undang-undang atas kebenaran mahkamah berbanding Awie yang hanya mendapat hak melawat mereka sahaja.

Keputusan berhubung kes rayuan penjagaan sementara anak-anaknya hanya akan diketahui pada Mei depan.
0 Kaki Cili Padi "Rozana Bawa Polis Bersenjata Di Sekolah - Awei"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info