Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Resepi : Chicken Chop


Bila teringin chicken chop je ingat nak beli kat kedai je . Ingat susah nauuu  nak buat padahal senang gila. T_T. Kalau poie kedai, makan chicken dalam polisterin ada ayam x semenggah , kentang sikit2, coleslaw sikit harga berapa RM6 dah kan ? Walhal nak buat dia ewahh sonang. Ewah tukang taip ni cakap macam heabt sangat. hewhew. Ni resepi my sister. Untung iols ada kakak yang suka memasak untuk adik2. Terus cilok resepi. So ini dia.....resepi chicken chop. 


Bahan-bahan

1) Dada ayam ( tak kisah lah nak beli ayam bahagian mana tapi beli ayam yang dah dibuang tulang ) . Alah yang dalam paket2 dah. Eh beriya I explain sebab I pun baru tahu ada jual camnih . haha

Macam ni..


2) Serbuk lada hitam
3) Serbuk lada putih
4) 2 biji telur
5) Tepung beras
6) Bread crumb ( serbuk2 oren tu haa)



Bahan-bahan sos
1) 3 ulas bawang putih
2) setengah bawang besar 
3) 1 sudu besar blackpepper biji2 tu. ( jangan guna blackpepper serbuk )
4) Sekotak susu Dutchlady kotak kecil
5) Demiglace sauce 

Ini demiglace , ada jual dalam paket gak.


Mari mula

STEP 1
Tumbuk2 ayam tu guna lesung batu. Kasi penyek . Sebab nak lebarkan and nipiskan sikit. Terpulang lah kat korang nak senipis dan selebar mana. Tapi for me, tumbuk kasi flat sikit lah. Ayam kalau tebal2 cepat muak makan.
Kalau tengah gaduh dengan pakwe, sila terus buat chicken chop. Tumbuk sampai lunyai ayam tuh . Imagine muka pakwe and penuhi emosi dendam. hahaa "ooo kau tengok perempuan lain yeah, nahh hamekkk"





STEP 2 : Sediakan campuran telur

 Telur 2 biji + serbuk  lada hitam + serbuk lada putih. ( serbuk tu ikut korang la nak banyak mana. Letak dalam satu sudu besar lah sodap .





STEP 3 : Tepung Beras
Standby tepung beras dalam pinggan sebab senang nak buat kerja celur masa nak goreng nanti.





STEP 4 : Bread Crumb
Letak bread crumb dalam pinggan siap2 camnih. Senang nak celur time nak goreng.

ni haa bread crumb jenama Pak long. Bukan pak long saya. Entah pak long siapa.




 STEP 5 : CELUR MENCELUR

Ayam celur dalam telur

Then celur dalam tepung beras

Then celur dalam telur balik

Then celur dalam bread crumb

(ulang langkah ni untuk semua ayam ) . Bila nak goreng baru celur. Jangan celur siap2 semua then baru goreng.





STEP 6 : Goreng !
Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.







 Tadddaaa !!
Eh tak sedap lah takde sauce. Umpama mandi tak basah, tidur tak lena,..



Resepi sos chicken chop

Bahan-bahan sos
1) 3 ulas bawang putih
2) setengah bawang besar 
3) 1 sudu besar blackpepper biji2 tu. ( jangan guna blackpepper serbuk )
4) Satu susu kotak Dutchlady
5) Demiglace sauce 


Ini demiglace , ada jual dalam paket gak.

1) Tumis 3 ulas bawang putih + 1/2 bawang besar +  1 sudu besar blackpepper jenis biji dah ditumbuk . Tumis sampai naik bau.


2) Gaulkan 3 sudu besar demiglace + 300ml air  .Masukkan dalam periuk tumis tadi tu

3) Masukkan sekotak susu Dutch Lady

4) Kacau sampai pekat dengan api slow.

Jangan api kuat and sila kacau2 sebab nanti berketol tak cantik. Bila dah pekat, tutup api.


Tuang la kat chicken chop . Goreng la kentang sikit. Rajin lagi buat lah coleslaw cincang kubis , carrot gaul dengan mayonis sampur air. Dah siap
Ok boleh buat business jual dalam polisterin RM6.50.  behee
0 Kaki Cili Padi "Resepi : Chicken Chop"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info